'On tak on?', fans resah aksi Sri Pahang-TRW ditunda angkara cuaca makin 'menggila'


  • Podium
  • Khamis, 02 Mac 2023

Penyokong kedua-dua pasukan bimbang perlawanan antara skuad Tok Gajah menentang TRW di Stadium Darul Makmur ditunda gara-gara cuaca buruk.

KEADAAN cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan sejak Selasa mencetuskan kerisauan kedua-dua penyokong terhadap status aksi Liga Super antara Sri Pahang FC menentang Kelantan FC di Stadium Darul Makmur, Pahang, pada Khamis.

Ini kerana data yang dikongsikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan amaran hujan berterusan berlaku di beberapa kawasan di Pahang.

Berdasarkan maklumat tersebut, kawasan terlibat terdiri daripada Bera, Pekan, Rompin, Jarantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan iaitu lokasi terletaknya Stadium Darul Makmur.

Melihat kepada itu, penyokong mula meluahkan kebimbangan sama ada berpeluang melihat aksi skuad Tok Gajah menentang The Red Worrior (TRW) ataupun tidak.

330501700_1687378618343520_6110463968414184025_n

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang.

“Kalau nak tunda game (perlawanan) tu kabo (beri tahu) awal-awal, senang, Jangan last minit (saat akhir) baru nok kabo.

“Hujan ni nak pergi menyokong macam mana.

“Baju hujan jangan lupa bawa.

“Tunda agaknya sebab hujan lebat,” kata beberapa penyokong Tok Gajah.

Tidak hanya itu terdapat juga penyokong yang mengharapkan agar perlawanan tersebut dapat ditayangkan secara siaran langsung di televisyen memandangkan keadaan hujan di stadium.

“Perlawanan nanti ada live (siaran langsung) tak?

“Nak pergi macam mana hujan, tengok dekat televisyen ada?,” kata beberapa penyokong TRW pula.

333631157_1005848897061574_7142460052974092179_n

Sri Pahang FC mengharapkan kemenangan tiga mata menentang Kelantan FC pada Khamis.

Biarpun berdepan dengan cabaran cuaca, namun perlawanan tersebut menjadi ‘babak’ yang dinantikan oleh Sri Pahang FC untuk menang di tempat sendiri setelah seri 1-1 dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Ahad.

Manakala, aksi kedua Liga Super itu juga penting bagi skuad TRW yang dahagakan tiga mata berharga selepas tewas 1-2 di laman sendiri di tangan Kuching City pada Sabtu lalu.

Justeru itu, perlawanan 'Derbi Pantai Timur' itu pasti menjanjikan perlawanan yang menarik berikutan kedua-dua pasukan akan cuba untuk bermain mati-matian bagi memungut tiga mata penuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram