Tidak dapat turun padang, Liridon ada mesej khas sebelum aksi Piala Sumbangsih TFC - JDT


  • Podium
  • Jumaat, 24 Feb 2023

Liridon tidak dibenarkan turun beraksi dalam perlawanan Piala Sumbangsih menentang JDT di SSI malam ini. — Facebook/TFC

LAGI beberapa jam sebelum aksi Piala Sumbangsih bermula pada pukul 9 malam ini antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Takzim (JDT), tonggak tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi sempat menitipkan kata-kata buat rakan sepasukannya.

Pemain naturalisasi negara yang dipinjamkan ke skuad Penyu dari JDT itu sebelum ini menimbulkan kontroversi dalam kalangan penyokong Terengganu susulan dia tidak dibenarkan turun beraksi menentang pasukannya majikannya.

Menerusi perkongsian di laman Insta Story milik bekas pemain Kedah itu meluangkan masa untuk memuat naik kata-kata semangat buat rakan sepasukannya yang berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

"Semoga berjaya semua. Malangnya saya tidak dapat bersama kalian di atas padang malam ini. Jangan pernah putus asa. Kita boleh melakukannya," tulisnya pada laman Insta Story pada Jumaat.

WhatsApp Image 2023-02-24 at 14.03.59

Tangkap layar Insta Story Liridon.

Sebelum ini, pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner, khidmat pemain berusia 31 tahun itu tidak dapat digunakan pada aksi pertama Liga Malaysia (Liga M) itu kerana terikat dengan kontrak pinjaman antara skuad Penyu dengan JDT.

Berita tersebut semestinya merosakkan sedikit perancangan taktikal yang sudah disusun oleh pengendali berkenaan namun perkara itu hanya mampu diterima oleh pasukan berpangkalan di Pantai Timur tersebut.

Selain pemain yang pernah beraksi di Liga Thailand, Khon Kaen United itu, beberapa pemain utama lain TFC termasuk tonggak tengah import, Habib Haroon dan Faiz Nasir juga tidak dapat beraksi kerana faktor kecederaan.

Steinbruckner memaklumkan Habib terpaksa direhatkan antara dua hingga ke tiga minggu kerana kecederaan hamstring manakala Faiz yang beraksi di posisi sayap masih belum cergas sepenuhnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram