Aksi JDT-TFC, Sony menyerlah tapi 2 nama dipetik perlu tambah 'tonik' perbaiki prestasi


  • Podium
  • Jumaat, 24 Feb 2023

Antara aksi JDT menentang TFC pada Piala Sumbangsih 2023. — Facebook/JDT

JUARA sembilan kali berturut-turut Johor Darul Takzim (JDT) semakin bersedia mencabar kejuaraan Liga Malaysia (Liga-M) 2023 apabila menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-0 dalam perlawanan Piala Sumbangsih yang juga dikenali sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.

Anak buah Esteban Solari yang tampil dengan status menjuarai perlawanan seumpama itu tujuh musim berturut-turut sejak 2015 ternyata semakin menunjukkan tahap konsistensi mereka apabila berjaya mengekalkan kejuaraan tersebut.

Dengan menampilkan tiga wajah baharu dalam kebelasan utama iaitu pemain tengah, Juan Muniz dan Orcar Arribas serta penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi dan selebihnya ada pemain skuad emas musim lepas.

Manakala, pasukan Terengganu pula mempertaruhkan lima import baharu iaitu Ivan Mamut, Pusic Damagoj, Sony Norde, Sardor Kulmatov dan pemain kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn.

Harimau Selatan memulakan kempen gol saingan Liga-M 2022 apabila tonggak import dari Sepanyol muncul penjaring pertama musim ini dengan tandukan menewaskan penjaga gol TFC, Suhaimi Husin seawal minit keempat.

WhatsApp Image 2023-02-24 at 23.11.01 (1)

Juan Muniz menjaring gol buat buat JDT pada musim ini. — Facebook/JDT

Jaringan kedua Harimau Selatan pula disempurkan oleh penjaring terbanyak Liga Super musim 2022, Bergson Da Silva menerusi hantaran dari pemain sayap muda, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-56.

Dalam pada itu, pasukan Terengganu yang mendapat taktikal baharu di bawah pengendali Croatia, Tomislav Steinbruckne nampaknya kurang menyengat pada perlawanan pembuka Liga M itu.

WhatsApp Image 2023-02-24 at 23.11.01

Kesebelasan utama TFC pada perlawanan itu. — Facebook/MFL

Selain itu, dua pemain TFC iaitu Adisak dan pemain tengah, Zuasyraf Zulkiefle mendapat kritikan susulan aksi kurang cemerlang mereka yang mana kebanyakkan penyokong skuad Penyu berpendapat kedua-duanya perlu menambah mutu permainan.

Adisak yang diharapkan akan menjadi penjaring utama TFC tidak dapat mencari sentuhannya manakala pengawalan bola Zuasyraf pula menjadi bahan bualan para penyokong.

"Zulasyraf dari musim lepas lagi kalau ada dalam padang mesti jadi bahan sindiran dan gelak tawa penyokong sama ada dalam stadium atau dalam TV tapi pihak pengurusan pandai menilai," komen penyokong, Firdaus adikda.

"Adisak nampak lembik bila menerima bola," kata seorang lagi penyokong TFC, Sharul Gunawan.

Bagaimanapun, di sebalik persembahan kurang memuaskan dari dua pemain itu, nama Sony Norde terus mendapat pujian dari penyokong susulan kualiti yang dipamerkan di atas padang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram