SEJAK penubuhan Kerajaan Perpaduan pada tahun lalu, parti pembangkang terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak lari daripada didakwa dengan pelbagai pertuduhan rasuah dan salah laku.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun parti Bersatu bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.
Bagaimanapun, Bersatu menafikan sebarang salah laku berhubung salah laku dana berkenaan.
Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dipanggil dan dirakam keterangan oleh SPRM pada minggu lalu, sebagai membantu siasatan lanjut.
Adam Radlan dituduh meminta dan menerima rasuah rasuah berkait projek Jana Wibawa pada Selasa.
Pada Selasa, Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah rasuah berkait projek Jana Wibawa.
Ahli Perniagaan yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan pihak pendakwaan.
Wan Saiful mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan rasuah melibatkan dirinya.
Dalam prosiding berasingan pada hari yang sama, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.
Meskipun perkara itu mendapat kecaman daripada rata-rata rakyat negara ini, namun, masih ada di antara mereka yang menganggapnya sebagai satu permainan politik.
Pada masa sama, ada juga menyifatkan kerajaan ketika ini seolah-olah mahu membalas dendam terhadap pemimpin Perikatan Nasional (PN).
Lantaran itu, rakyat menggesa kerajaan supaya tidak berat sebelah untuk melakukan dakwaan terhadap mana-mana pemimpin yang mempunyai salah laku, tidak kira dari parti kerajaan mahupun pembangkang.
Muhd Hanif menulis: "Ini betul-betul balas dendam terhadap PN ni. Tapi, tak apa. Kalau salah tangkap sahaja tak kira dari parti mana. Jangan berat sebelah ye, gajah depan mata diam, tapi semut boleh pula nampak. Rakyat boleh menilai."
Perli Shamsul Tambi: "Terbaik. Pihak pemenang akan cuba menjatuhkan pihak lawan di kala mempunyai kuasa. Itulah politik negaraku."
Tambah Noorazman Moon: "Nak banteras rasuah biar buat betul-betul. Jangan pilih bulu, jangan pilih parti. Kalau main pilih-pilih ni nampak sangat balas dendam. 47 kes tu bila nak sambung bicaranya."
Sofea Shaheeda berkata: "Ini semua dah burukkan nama PN, padahal kes-kes yang terdahulu kes kapal LCS, kes Bung Mukhtar, Lim Guan Eng kenapa senyap? Nak tutup kes macam itu je ke? DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cukup-cukuplah drama true color. Padanlah masalah rakyat tak ambil peduli tapi asyik sibuk dengan dendam politik."
Ujar Fadzli Abd Rahman: "Kos sara hidup rakyat ke laut. Itu yang melalut cari kesalahan pembangkang untuk hadapi PRN (Pilihan Raya Negeri). Parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tak kena siasat ke mana sumber kewangan mereka?" — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram