Kemenangan JDT dipertikai, pilih kelab tercorot Liga UAE jadi lawan


  • Podium
  • Rabu, 01 Feb 2023

Adam Farhan mula dianggap antara pemain muda terbaik skuad Harimau Selatan. — Facebook/JDT

JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) mencatatkan kemenangan besar 3-0 menewaskan kelab divisyen satu UAE, Fursan Hispania FC dalam perlawanan persahabatan ketiga bagi siri jelajah pramusim di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa.

Jika diikutkan, Fursan Hispania tidak termasuk dalam jadual perlawanan persahabatan JDT namun perlawanan tersebut diadakan bagi menggantikan aksi menentang kelab Bulgaria, PFC Levski Sofia pada Sabtu lalu.

Aksi menentang Levski Sofia terpaksa ditamatkan lebih awal pada minit ke-54 susulan ketegangan yang berlaku sehingga barisan pemain kelab itu bertindak keluar padang dan memboikot perlawanan.

Kemenangan yang berpihak kepada JDT itu bagaimanapun diragui oleh sesetengah penyokong Harimau Selatan kerana kedudukan Fursan Hispania FC berada kedudukan tercorot Liga UAE.

WhatsApp Image 2023-02-01 at 17.30.11

Kesebelasan utama JDT sewaktu menentang Fursana Hispania. — Facebook/JDT

Fursana Hispania berada di kedudukan 17 liga dan merekodkan 16 kekalahan, dua kemenangan daripada 18 perlawanan dalam saingan Liga UAE setakat ini.

"Aksi ini sebagai pemanas badan mungkin. Ranking pasukan tercorot dalam divisyen satu," tulis penyokong JDT, Uzzy Bech.

"Fursan nombor 17 dalam Liga UAE sekarang. Mungkin tidak seberapa kuat pasukan ini. Tapi bagus dapat cari keserasian pasukan," tambah penyokong, Suddyn Sariat.

Namun, dari sudut pandang peminat Harimau Selatan lain, perlawanan menentang kelab tesebut sebenarnya memberi lebih banyak kelebihan terutamanya dalam memilih kesebelasan terbaik JDT sebelum liga bermula.

Malah, dalam perlawanan itu ramai pemain muda JDT diberikan peluang untuk beraksi, sekali gus ia menjadi platform terbaik buat mereka menonjolkan diri dalam kalangan pemain berpengalaman.

Antara nama prospek JDT yang mencuri tumpuan dalam perlawanan persahabatan itu ialah Adam Farhan Mohd Faizal.

WhatsApp Image 2023-02-01 at 17.30.52

Antara aksi Adam Farhan sewaktu perlawanan menentang kelab UAE itu. — Facebook/JDT

"Lincah juga budak ini (Adam Farhan)," kata penyokong JDT, Mhd Mstqm.

"Laju budak ini," kata seorang lagi penyokong, Mohammad Syafiq.

"Okay juga itu. JDT pun banyak masukkan pemain muda dan tempatan pada separuh masa kedua. Perlawanan ini bagus untuk pemain-pemain lain uji diri sendiri," tambah penyokong, Nicklos Nex.

Pemain yang bermain di posisi pertahanan kiri itu membuat penampilan sulung dalam skuad senior ketika perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia 2022 antara JDT dan Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat (11 November 2022).

Dalam pada itu, selepas perlawanan persahabatan menentang Fursan Hispania, JDT juga dijadual bertemu dua lagi kelab Russia, FC Lokomotiv Moscow serta juara liga, Zenit St Petersburg. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram