'Your player have big ego', fans Levski Sofia masih salahkan JDT susulan aksi tegang di Dubai


  • Podium
  • Ahad, 29 Jan 2023

Antara aksi pemain JDT ketika menentang Levski Sofia sebelum aksi tegang berlaku pada minit ke-54. — Facebook/JDT

PERLAWANAN persahabatan pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) menentang kelab Bulgaria, Levski Sofia terpaksa ditamatkan lebih awal pada minit ke-54 susulan ketegangan yang berlaku.

Aksi yang diadakan di Stadium Jebel Ali Centre of Excellence di Dubai pada Sabtu itu mengejutkan pasukan lawan apabila skuad Harimau Selatan berhasil mencetak satu gol menerusi jaringan dari tonggak import, Juan Muniz pada minit ke-24.

Selepas jaringan berkenaan, pemain kelab Bulgaria itu semakin agresif untuk mencari gol namun usaha mereka gagal berikutan pemain JDT dapat menguasai perlawanan.

Aksi menjadi tegang selepas beberapa insiden pergaduhan berlaku melibatkan arkitek tengah JDT, Leandro Velazquez dan Bergson Da Silva yang menjadi antara mangsa pemain lawan.

Menerusi video tular aksi perlawanan berkenaan, jelas menunjukkan apabila Leandro diludah oleh pemain Levski Sofia, selain kedua-dua pemain itu ditendang berulang kali.

Suasanan panas itu berlarutan sehingga terjadinya pergaduhan pada minit ke-53 yang menyebabkan perlawanan dihentikan seketika sebelum pemain Levski Sofia bertindak keluar padang dan memboikot perlawanan.

Perlawanan itu sememangnya menimbulkan kemarahan dari penyokong JDT namun melihat pandangan dari peminat Levski Sofia, mereka tetap meletakkan kesalahan ke atas pemain Harimau Selatan.

"Good teams but your football plaers have big egos for a friendly match (Pasukan yang baik tapi pemain anda ada ego yang besar hanya untuk perlawanan persahabatan)," tulis penyokong Levski Sofia, 19.levki.14.

"Anda rasa mulut pemain anda sangat profesional kah? Jika rasa pemain anda profesional, pemain lawan tidak akan secara tiba-tiba melakukan mogok," kata penyokong kelab lawan, _191102.

"Memang patut itu yang berlaku. Rasanya jika ini perlawanan sebenar, kita (Levski Sofia) yang akan menang," kata seorang lagi penyokong kelab tersebut, Miglen Hristov.

tmj isi

Tangkap layar pendapat Tunku Ismail berhubung perlawanan berkenaan.

Dalam pada itu, pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim menganggap Levski Sofia tidak boleh menerima kenyataan apabila ketinggalan ketika menentang kelab kerdil dari Asia seperti JDT.

Selain itu, Tunku Ismail juga menyalahkan pengadil dari Serbia kerana gagal untuk mengawal permainan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram