Misi ke pentas Asia, bintang warisan pasangan Faisal Halim bakal disambar Gergasi Merah


  • Podium
  • Sabtu, 14 Jan 2023

Wan Kuzain menyarung jersi bernombor tujuh bersama ST Louis City FC. — Instagram/WanKuzain

DI bawah kepimpinan Tan Cheng Hoe, Selangor diibaratkan mendapat nafas baharu apabila berjaya memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musim 2022.

Sejak mengendalikan The Red Giants, jurulatih berusia 54 tahun tersebut berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah bagi empat perlawanan akhir Liga Super dengan kemenangan sebanyak tiga kali dan seri satu kali.

Bukan itu sahaja, Cheng Hoe juga berjaya membawa Selangor melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia 2022 meskipun gagal keputusan akhir memihak kepada Johor Darul Takzim 1-2.

Bagi menaikkan lagi kualiti skuad Selangor pada musim ini, nampaknya skuad The Red Giants juga turut serta dalam membuat sedikit rombakan pemain.

Pemain tempatan yang dibawa masuk ialah Muhammad Faisal Abdul Halim, V. Ruventhiran dan Ahmad Khuzaimi Piee, selain tonggak import dari Jordan, Noor Al-Rawabdeh.

PATHUM THANI, 10 Jan -- Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim menghantar bola ke kotak penalti pasukan Thailand pada aksi perlawanan separuh akhir kedua AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Thammasat malam ini.Pasukan Thailand mendahului pada separuh masa pertama 1-0.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Faisal merupakan pemain tempatan baharu Selangor FC bagi musim 2023. — Facebook/FAM

Kemasukan beberapa pemain kebangsaan itu jelas menggembirakan penyokong Selangor terutamanya untuk melihat pasukan kesayangan mereka berjaya melangkah ke Piala AFC pada musim 2024.

Meskipun sudah mempunyai beberapa wajah baharu, pasukan berpangkalan di Lembah Klang itu dilihat masih tidak mempunyai 'senjata' yang cukup untuk menempah tiket ke Asia, sekali gus menjadi pencabar liga.

Justeru itu, bagi merealisasikan misi tersebut, Selangor FC kini dikhabarkan dalam proses membawa masuk pemain bola sepak berdarah Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal.

Wan Kuzain kini sedang menempa nama bersama pasukan baharunya di Major League Soccer (MLS) apabila menyertai pasukan ST Louis City FC pada 2021.

Meskipun hanya diturunkan sebagai pemain tengah bertahan, Wan Kuzain setakat ini berjaya menjaringkan enam gol dan mencatatkan lima bantuan gol sepanjang musim lepas.

WhatsApp Image 2023-01-14 at 16.27.26

Wan Kuzain kini menempah nama di bumi Amerika Syarikat. — Instagram/WanKuzain

Malah, Wan Kuzain juga berpengalaman menyertai skuad Harimau Muda semasa di bawah kendalian bekas jurulatih Datuk Ong Kim Swee bagi mewakili Malaysia dalam temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

Pengalamannya yang beraksi di luar negara itu sangat sesuai untuk persediaan Selangor yang sudah lama menyimpan hasrat untuk beraksi di peringkat Asia suatu hari nanti.

Malah, penyokong juga rata-ratanya tidak sabar untuk melihat gandingan Wan Kuzain dengan beberapa wajah baharu seperti pemain lincah, Faisal Halim.

"Harap-harap betullah jadi kenyataan," kata penyokong Selangor FC, Hensem Hensem.

"Kiri Faisal Halim, kanan ada Kuzain," tambah seorang lagi penyokong, Suhaimi Suratmat.

Jika benar Selangor berjaya memikat Wan Kuzain, ramai penyokong mengharapkan agar pemain muda itu akan memberi impak positif dengan membantu skuad The Red Giants mendapatkan trofi pada musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram