Selepas Hadi Fayyadh sarung jersi Perak, satu lagi kejutan dinanti penyokong


  • Podium
  • Jumaat, 13 Jan 2023

Hadi Fayyadh (dua kanan) diperkenalkan oleh Perak FC sebagai pemain baharu musim ini. — Facebook/PerakFC

MISI menggunakan khidmat bakat pemain muda tempatan nampaknya masih diteruskan oleh pasukan Perak FC dengan membawa masuk penyerang Bawah-23 (B-23) tahun pasukan kebangsaan, Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perak FC, Bobie Farid Samsudin pada sidang media sesi pengenalan pemain di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada Jumaat.

Pada majlis itu juga, pasukan The Bos Gaurus melancarkan jersi baharu skuad Seladang bagi saingan Liga Super musim 2023.

Menerusi pengumuman itu, Hadi Fayyadh yang sebelum ini beraksi di Liga Jepun bersama Azul Claro Numazu dan Fagiono Okayama manandatangani kontrak selama dua tahun di bawah bimbingan Lim Teong Kim.

Kehadiran pemain berusia 23 tahun itu dijangka mampu membantu jentera serangan skuad Seladang pada saingan Liga Super musim ini bersama dengan penyerang import kelahiran Nigeria, Christian Obiozor dan ubi muda, Muhd Alif Zikri Zaini Anuar.

WhatsApp Image 2023-01-13 at 19.18.23

Obiozor merupakan tonggak import Perak FC pada musim ini. — Agensi

Kedatangan pemain kelahiran Perak itu mengejutkan ramai penyokong kerana tidak ada satu pun khabar angin Hadi Fayyadh akan menyarung jersi The Bos Gaurus pada musim ini.

Selepas berita mengejutkan itu, ramai penyokong pula mulai membuat spekulasi bahawa pihak pengurusan Perak juga akan membawa masuk pemain yang kini berkelana di Belgium, Luqman Halim Shamsudin.

Meskipun sebelum ini pemain kelahiran Kelantan itu dikhabarkan bakal dipinjamkan ke kelab lain di Eropah, namun masih ada segelintir penyokong mengharapkan agar Luqman Hakim menyarung jersi skuad Seladang.

WhatsApp Image 2023-01-13 at 19.18.34

Luqman Hakim beraksi bersama KV Kortijik. — Agensi

"Panggil Luqman balik pula lah lepas ini," kata penyokong Perak FC, Izad Kasmijan.

"Panggillah budak Luqman itu sekali tengok di sana macam tiada life saja," kata seorang lagi penyokong, Perniaga Tulus.

Dalam pada itu, ketika sidang media itu juga Lim Teong Kim juga berharap agar penyokong mempercayainya untuk membuat perubahan kepada Perak FC.

"Manchester United pun baru sahaja mendapat pengendali baharu pada awal musim lepas namun belum ada perubahan sangat yang berlaku.

"Namun percaya saya akan cuba yang terbaik untuk Perak FC. Kami akan cuba buat yang terbaik untuk Perak. Kami harap agar penyokong juga turun memberikan sokongan," jelasnya sewaktu menjawab soalan dari penyokong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram