Berguru dengan 'ex-coach' Korea Selatan, 2 bintang TRW dijangka dapat 'call up' HM


  • Podium
  • Jumaat, 13 Jan 2023

Moon-sik pernah menjadi ketua jurulatih skuad B-16 Korea Selatan pada 2012. — Facebook/TRW

TEKA-TEKI mengenai identiti pengendali Kelantan FC akhirnya terjawab selepas kelab berpangkalan di Pantai Timur itu mengumumkan Choi Moon-sik sebagai ketua jurulatuh baharu bagi saingan Liga Super musim ini.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh laman media sosial rasmi skuad The Red Warriors (TRW) pada Khamis.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak Asia dan antara kelab yang pernah dikendali Moon-sik sebelum ini ialah Daejeon Hana Citizen FC pada 2015 sehingga 2016.

Bukan setakat mempunyai pengalaman sebagai jurulatih kelab, pengendali berusia 52 tahun itu juga berbakti untuk negaranya dengan melatih pasukan kebangsaan.

Moon-sik pernah menjadi ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun Korea Selatan (2012) dan pemangku pengurus skuad bawah bawah 23 tahun (B-23) Korea Selatan pada 2015.

Antara fakta menarik mengenai pemilik lesan jurulatih profesional Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC) itu termasuklah Moon-Sik pernah mewakili Korea Selatan dalam temasya Sukan Olimpik 1992 dan Piala Dunia 1994.

Kedatangan bekas pemain Jeju United itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh penyokong skuad TRW berikutan sebelum ini pemilik Kelantan, Norizam Tukiman pernah memberi petunjuk mengenai kehadirannya.

WhatsApp Image 2023-01-13 at 11.22.56

Moon-sik (kiri) bersama pemilik Kelantan, Norizam. — Facebook TRW

Pengalaman luas pengendali itu dalam bidang kejurulatihan membuatkan ramai penyokong meletakkan sasaran tinggi buat skuad TRW pada musim ini.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata penyokong berharap di bawah bimbingan Moon-sik, Kelantan FC akhirnya boleh menjadi pencabar besar kepada pemenang Liga Super musim lepas, Johor Darul Takzim (JDT).

Selain itu, ada juga penyokong yang menjangka bahawa dua pemain skuad TRW akan dipanggil ke kem latihan Harimau Malaya khususnya menjelang kempen Piala Asia 2023 selepas mendapat tunjuk ajar Moon-sik.

Dua pemain yang dimaksudkan ialah tonggak pertahanan, Yusri Yuhasmadi dan penyerang berbisa, Nurshamil Abd Ghani.

WhatsApp Image 2023-01-13 at 11.30.52

Shamil merupakan pemain yang sering diturunkan sebagai kesebelasan utama TRW. — Facebook TRW

"Tak mustahil dengan TRW menggunakan DNA Korea Selatan secara tak langsung memberi impak pada pemain-pemain tempatan nanti diserap masuk dalam skuad kebangsaan yang juga memiliki DNA Korea satu masa nanti.

"Pemain seperti Yusri Yuhasmadi terutamanya Shamil kalau musim ini perform dan jaringkan gol, tak mustahil dapat perhatian Kim Pan-gon melalui komunikasi bersama Choi Moon-sik. Tahniah TRW," komen penyokong, Muhammad Zul Hafeeq Zainudin.

"Terbaik, selamat datang ke Kelantan jurulatih. Perjuangkanlah bola sepak Kelantan. Saya harap beberapa perubahan besar akan dilakukan oleh jurulatih yang baharu ini untuk memantapkan pasukan Kelantan menghadapi Liga Super 2023. Pastinya target utama adalah menjadi pencabar hebat untuk JDT memenangi Liga Super tahun ini," kata seorang lagi penyokong, Azray Kojek.

Selain Moon-sik, skuad TRW juga melantik jurulatih kecergasan baharu, Hyo Jun-Park yang sebelum ini berkhidmat bersama Pohang Steelers FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram