Berjuang di hari lahir, fans target Kapten Faisal tambah gol, Haqimi bawa tuah buat HM


  • Podium
  • Sabtu, 07 Jan 2023

Faisal menjadi antara sandaran Harimau Malaya untuk meledak gol ke atas pasukan Thailand. — Facebook/ FAM

KAPTEN Harimau Malaya, Faisal Halim menyambut ulang tahun hari kelahirannya yang ke-25 pada Sabtu. Hari kelahirannya pada tahun ini mungkin lebih bermakna buat pemain sayap lincah tersebut memandangkan dia akan membawa cabaran negara ke pentas antarabangsa.

Ini selepas skuad kebangsaan layak sebagai semifinalis kejohanan Piala AFF 2022 menentang pasukan Thailand pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil malam nanti.

Lebih manis buat Faisal jika skuad kendalian ketua jurulatih, Kim Pan-gon berjaya mencipta kemenangan ke atas pasukan Gajah Perang yang pernah ditewaskan pada aksi Kejohanan Piala Raja Thailand, September tahun lalu.

Di media sosial, Faisal dihujani dengan ucapan selamat hari jadi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

322396623_1353384168750633_5939750092585309554_n

Selain menitipkan doa serta kata-kata semangat, mereka turut mengharapkan sentuhan Faisal pada perlawanan nanti dapat menggegarkan stadium dengan laungan 'siuuu' yang cukup sinonim dengan pemain itu.

Sebagai peledak terbanyak Harimau Malaya setakat ini dengan jumlah tiga jaringan, Faisal diharap dapat memberikan hadiah hari jadi istimewa buat dirinya dengan cetakan gol ketika aksi bertemu Thailand.

"Happy Birthday Faisal! Semoga berjaya...terus menggegar gol. Harap mampu jadi Penjaring Terbanyak AFF 2022 nanti," kata Abd Halim Yahya.

"Selamat hari lahir kapten. Semoga kemenangan malam ni jadi hadiah terbaik untuk awak," ucap Nikman Duatiga.

Sementara itu, peminat turut mengharapkan jersi nombor tujuh yang disarungkan Faisal dapat memberikan tuah kepada Harimau Malaya.

"7 Januari 1998, birthday Faisal, tarikh sama 7 Januari 2023 game Malaysia lawan Thailand. Faisal pakai jersi nombor 7 lagi.

"Semoga Faisal panjang umur murah rezeki dan berjaya dalam industri sukan bola sepak... Aminnnn," kata Mohd Asyraf Ahmad.

324258186_699586464954678_7957018923912227338_n

Selain Faisal, turut menyambut ulang tahun hari kelahiran ialah seorang lagi penyerang muda Harimau Malaya, Haqimi Azim Rosli.

"Happy birthday my son Haqimi, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan selalu sukses dalam bola sepak. Amin," ucap ibunya, Niza Yusoff.

Pemain berusia 20 tahun itu menyambut hari jadi pada 6 Januari 2023 (Jumaat).

Haqimi Azmi juga sudah mencetak nama sebagai penjaring gol buat skuad Harimau Malaya dengan satu gol setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram