'Rakyat mohon sekat pelancong China, bukannya diminta cucuk booster'


  • Massa
  • Selasa, 03 Jan 2023

Kerajaan China sebelum ini meringankan sekatan Covid-19 dalam negara itu dengan membenarkan rakyatnya melancong ke luar negara.

KERISAUAN dunia berkaitan dengan jangkitan Covid-19 nampaknya kembali selepas dua varian terbaharu wabak itu dikesan di China iaitu BA.5.2. dan BF.7.

Malah, varian itu juga dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dikesan sudah berada dalam negara.

Menurut Dr Noor Hisham, setakat 31 Disember lalu, terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes yang dijangkiti dengan BF.7.

"Kedua-dua varian berkenaan merangkumi lebih 80 peratus daripada varian menular di China pada ketika ini.

"Kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

PUTRAJAYA, 2 April -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.Sebanyak 208 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 3,116 kes dan terdapat 5 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 50 kes.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dr Noor Hisham mengesahkan dua varian Covid-19 di China sudah masuk ke dalam negara.

Perkara itu turut mendapat respons Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang menyarankan orang ramai segera mendapatkan dos penggalak kedua.

Namun, perkara itu mendapat respons negatif daripada rakyat yang sebelum ini bertegas mahukan kerajaan menyekat kemasukan pelancong warga China ke dalam negara.

Azami Ibrahim berkata, rakyat sebelum ini meminta supaya sekatan pelancong dari China dilakukan tetapi ada yang degil dan beri alasan akan jejaskan ekonomi pelancongan.

"Akhirnya,dua varian dari China dengan kebolehjangkitan tinggi dah masuk ke negara kita. Rakyat baru nak bernafas daripada kesan pandemik, tiba-tiba dia (Covid-19) datang semula," katanya.

Seorang lagi warganet, Cik Mas Mastura turut menyatakan keluhan rakyat berkaitan tutup pintu sempadan tidak didengari sebaliknya dipaksa ambil vaksin.

"Nak paksa orang cucuk, tapi keluhan rakyat supaya tutup pintu sempadan, jangan bagi mereka (pelancong China) masuk tak mahu didengar dan diterima.

"Dekat China, pihak berkuasa mereka buat macam-macam nak sekat supaya rakyat dia tak keluar. Negara kita pula tadah pintu masuk bagi mereka datang," katanya.

Senada dengan pendapat itu ialah Asmawiyah Baton yang berkata, rakyat baru nak bernafas daripada kesan pandamik tetapi ada pihak yang degil dan tidak mahu dengar permintaan rakyat atas alasan ekonomi pelancongan.

"Mungkinkah peristiwa akan berulang? Tak sanggup lagi dah tiap-tiap minggu nak kena jolok hidung. Nak kena cucuk vaksin, nak kena hadap kesan daripada semua itu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram