Penyokong pelik skuad Jang suka kutip bekas import Pahang


  • Podium
  • Isnin, 02 Jan 2023

Ada segelintir penyokong yang bengang dengan pihak pengurusan skuad Jang yang dikatakan suka mengambil bekas pemain import daripada Sri Pahang FC. 

SKUAD Negeri Sembilan FC (NSFC) dilihat semakin giat mencari pemain baharu bagi membawa cabaran pasukan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Usaha memburu pemain 'padu' sama ada pemain import atau tempatan semestinya menjadi topik utama yang sentiasa bermain di bibir penyokong skuad Jang pada ketika ini.

Walaupun pasukan kesayangan mereka itu menamatkan saingan di tangga keempat dengan berjaya mengumpul 41 mata daripada 12 kemenangan pada musim lalu, namun peminat pastinya mengharapkan rombakan pemain pada musim 2023 memberi kelainan.

Penyokong skuad Hobin Jang Hobin itu juga berharap satu perubahan dapat dilakukan dalam usaha membawa pasukan tersebut ke arah yang lebih baik.

Meskipun tiada pengumuman rasmi, khabar angin bekas penyerang Sri Pahang FC, Matias Conti mula berlegar di media sosial mengatakan bakal menyertai skuad Jang untuk musim ini.

321819618_736876831400127_519577812037277492_n

Khabar angin bekas penyerang Sri Pahang FC, Matias Conti mula berlegar di media sosial mengatakan bakal menyertai skuad Jang untuk musim ini. — Facebook

Pemain import berasal dari Argentina ini pernah bermain bersama skuad Tok Gajah pada tahun 2014 hingga 2015. Sepanjang kariernya bersama pasukan itu, Matias dianggap sebagai penyerang berbisa ketika itu.

Untuk rekod pemain berusia 32 tahun itu beraksi untuk kelab Liga Argentina, Deportivo Armenio sudah menamatkan kontraknya pada Disember lalu.

Walaupun mempunyai prestasi yang memberangsangkan, namun ada segelintir penyokong yang bengang dengan pihak pengurusan skuad Jang yang dikatakan suka mengambil bekas pemain import daripada Sri Pahang FC.

Tindakan pengurusan tersebut dianggap tidak serius dalam menaik taraf pasukan kesayangan mereka.

Manakan tidak, pada musim-musim sebelum ini NSFC membawa masuk dua bekas pemain Sri Pahang FC iaitu Matheus Alves dan Herold Goulon.

"Wah suka betul dengan bekas import Pahang. Tahun lepas Alves dan Goulon. Tahun ni Conti pula," kata seorang penyokong, Yusof Wahab.

Dia turut memerli skuad NSFC untuk merisik legenda Sri Pahang FC antaranya Mohamed Borji Dalibor Volas dan Kopi Ampiah.

313401779_526483359360163_6590151538612089452_n

Matheus Alves (kiri) pernah bermain bersama Sri Pahang FC pada tahun 2017. — Facebook

Pendapatnya itu turut dipersetujui Muadzs Azam.

"Dari dulu Negeri Sembulan FC ini suka bekas import pemain Pahang seperti Gus Cero, Jose Iriarte, Matheus Alves, Herald Goulon. Try la pula Yamil Romero, Patrick Cruz atau Volas," sindirnya.

Megat Mohd Aliff turut berasakan, skuad NSFC suka menerima bekas pemain pasukan lain.

"Suka sangat ambik bekas orang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram