'Liabiliti dalam pasukan', Pan-gon didesak simpan 2 tonggak lawan Laos


  • Podium
  • Sabtu, 24 Dis 2022

Kemenangan menentang Myanmar tempoh hari menyumbang kepada ranking mata FIFA buat Malaysia. — Facebook/FAM

WALAUPUN Harimau Malaya merekodkan kemenangan 1-0 pada perlawanan aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF menentang Myanmar, keputusan tersebut tidak menjanjikan bahawa pasukan Malaysia boleh bersenang-lenang dalam perlawanan.

Lebih-lebih lagi apabila skuad di bawah bimbingan Kim Pan-gon itu berkemungkinan terpaksa melupakan khidmat tonggak pertahanan, Khuzaimi Piee pada perlawanan menentang Laos dan sepanjang kejohanan Piala AFF.

Pada aksi tersebut, bekas tonggak pertahanan Negeri Sembilan itu dilanda kecederaan pada separuh masa pertama dan keadaan terbaharunya, Khuzaimi dilihat menggunakan tongkat untuk berjalan.

Kehilangan Khuzaimi sememangnya menimbulkan kegusaran dalama kalangan penyokong berikutan pemain berusia 29 tahun itu merupakan watak penting sepanjang Malaysia dilatih di bawah taktikal Pan-gon.

Selain daripada terpaksa akur dengan kehilangan khidmat Khuzaimi, tidak kurang juga segelintir penyokong yang berkongsi kebimbangan mereka dengan persembahan dua pemain pada perlawanan menentang Laos.

WhatsApp Image 2022-12-24 at 12.45.07

Khuzaimi dilihat bertongkat sewaktu perjalanan pulang ke tanah air selepas perlawanan menentang Myanmar. — Facebook/FAM

Lagi beberapa jam menghitung perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, (SNBJ), Kuala Lumpur, terdapat penyokong mempunyai permintaan kepada jurulatih berasal dari Korea Selatan itu.

Rata-rata pemain ke-12 Harimau Malaya berharap agar Pan-gon tidak akan menurunkan Safawi Rasid dan tonggak pertahanan, Shahrul Nazeem Zulpakar sebagai kesebelasan utama berikutan aksi longlai mereka sebelum ini.

Mengimbau perlawanan menentang Myanmar, pemain Selangor FC, Shahrul Nazeem menjadi penyumbang kepada pemberian penalti kepada pasukan lawan apabila didakwa tangganya terkena bola.

Meskipun, sepakan penalti tersebut berjaya diselamatkan penjaga gol, Syihan Hazmi namun penyokong masih tidak boleh melupakan kesalahan yang dilakukan oleh Shahrul Nazeem ataupun lebih dikenali dengan panggilan Afro.

WhatsApp Image 2022-12-24 at 12.45.08 (1)

Shahrul Nazeem (kanan) sewaktu sesi latihan Harimau Malaya. — Facebook/FAM

Berbeza pula dengan Safawi Rasid, meskipun pemain kelahiran Terengganu itu menjadi wira apabila melorong bola kepada Faisal Halim sehingga berjaya menjaringkan gol namun persembahannya masih mendapat kritikan.

"Jangan letak pertahanan (sebab) Afro huru-hara, kelam-kabut, kucar-kacir ke laut. Jangan letak Safawi (sebab) berat, tidak banyak menyumbang dalam padang, tidak tepat, tidak tajam hantar bola. Penumpang dalam padang dengan malas kejar, mudah hilang bola, lembik. Safawi hanya mampu bertahan main dalam 60 minit sahaja.

"Malaysia boleh menang lawan Laos dengan syarat susun atur bagi cantik posisi pemain mana yang patut jadi pertahanan dan tengah. Perlu yang sesuai dan berkualiti selain bagi reserved sahaja Afro dan Safawi (Liabiliti dalam pasukan," tulis penyokong Malaysia, Azhar Daeng.

"Harap-harap Nazeem tidak buat hal lagi," komen penyokong, Awang Gempita. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram