Penyokong JDT hargai Sabah FC, Sri Pahang kerana sanggup 'loan' Guilherme De Paula


  • Podium
  • Selasa, 13 Dis 2022

Penyokong JDT setuju sekiranya De Paula berhijrah ke pasukan lain yang lebih memerlukan khidmat pemain naturalisasi itu.

PENYOKONG Johor Darul Takzim (JDT) menyambut baik khabar angin penghijrahan pemain naturalisasi, Guilherme De Paula bersama pasukan lain musim depan.

Terdapat dua kelab iaitu Sabah FC dan Sri Pahang dilaporkan berminat untuk mendapatkan kuda tua berusia 36 tahun itu secara pinjaman sebaik jendela perpindahan pemain dibuka.

1825253

Guilherme De Paula

Prestasi penyerang kelahiran Sao Paulo, Brazil itu dilihat kurang memberangsangkan dan banyak 'memeram' bangku simpanan JDT.

Rata-rata penyokong gembira sekiranya De Paula berhijrah ke pasukan lain bagi membolehkan JDT melakukan perancangan lebih baik untuk pasukan kesayangan mereka.

jackson souza sabah player

Pasukan Sabah FC dilaporkan berminat mendapatkan khidmat De Paula.

"Nak bagi pinjaman untuk pasukan lain boleh, nak bagi terus lagi boleh. Sekurang-kurangnya dia dapat minit perlawanan.

"Kalau dia tak perform juga, bukan salah latihan JDT sebaliknya salah diri sendiri kerana tidak melakukan terbaik," kata Ewan Boban.

"Tak payah pinjam-pinjam, ambil terus pun tak apa, kami ikhlas. Mungkin ada pasukan yang lebih memerlukan khidmat beliau," jelas Selempang Hijau.

2CC8C572-5DD0-4821-93E9-3B2C940C8B09-1170x658

Pasukan Sri Pahang FC turut dilaporkan ingin mendapatkan pemain naturalisasi tersebut.

"Sekiranya betul penghijrahan De Paula, bolehlah JDT simpan bajet untuk cari pemain lain yang lebih berkualiti dan sudah tiba masanya JDT melepaskan pemain yang kurang menyengat," jelas Yunus Omar.

"Senjata De Paula dah tumpul dan tidak berbisa, buang duit sahaja jika asyik panaskan bangku simpanan. Banyak lagi player berbakat boleh masuk JDT," kata Ramlan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram