'Trust the process', Arif Aiman Hanapi beli kereta Mercedes-Benz AMG CLA 45


  • Podium
  • Isnin, 12 Dis 2022

Arif bersama ibu bapanya bergambar bersama Mercedes-Benz AMG CLA 45 keluaran 2021 di hadapan kediaman mereka di Kuantan, Pahang pada Ahad.

SETIAP orang memiliki cara untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri setelah mengharungi tahun penuh cabaran dan itu turut dilakukan pemain Johor Darul Takzim, Arif Aiman Hanapi.

Menerusi akaun Instgram Story miliknya, pemain berusia 20 tahun itu berkongsi detik-detik dia menerima sebuah kenderaan mewah di hadapan rumahnya di Kuantan, Pahang.

Kereta tersebut adalah Mercedes-Benz AMG CLA 45 keluaran 2021 berwarna silver yang dipesan menerusi pengedar kenderaan, Hafis Naserr yang terkenal dalam kalangan atlet dan selebriti.

Dalam video dikongsi Arif, kelihatan abang dan bapanya turut hadir melihat dan mendengar penjelasan berkenaan kereta baharu Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 itu.

Arif turut dilihat memandu uji kereta tersebut dan mengakui dia sangat berpuas hati dengan pilihannya itu.

Arif mencuba kereta yang baharu dibelinya.

Menurut Hafis, kenderaan unit CVU itu pernah dimiliki pemilik terdahulu dengan jarak tempuh 3000 km.

Dalam temubual singkat bersama Hafis, pemain berketinggian 1.7 meter mengakui memiliki target peribadinya dalam karier bola sepak, namun enggan mendedahkannya dan hanya mahu 'trust the process'.

Hafis turut mendedahkan bahawa kereta itu sudah lama berada dalam impian anak muda tersebut namun dia mahu tunggu sehingga 'gaji naik'.

Terdahulu, Arif pernah menyentuh hati umum apabila dia membuat kejutan dengan menghadiahkan kereta model X50 keluaran Proton berwarna buat ibu kesayangannya.

Pemain sayap lincah itu turut menghadiahkan ibunya sejambak bunga sebagai tanda penghargaan dan tahniah atas penerimaan kereta baharu tersebut.

Lebih menarik, no plat yang dipadankan di kereta itu adalah plat C, bertepatan dengan negeri kelahirannya iaitu Pahang Darul Makmur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram