Kereta kebal TFC, JDT antara 3 nama boleh ganti Akram, Declan


  • Podium
  • Rabu, 30 Nov 2022

Feroz boleh mengasah kemahiran untuk mengekalkan momentum dimiliki dari segi kelajuan, tackling dan blocking di bawah bimbingan Pan-gon. — Facebook/Johor Southern Tigers

DUA pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Declan Lambert yang menerima panggilan kebangsaan tidak dapat menyertai latihan Harimau Malaya menjelang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

Kedua-dua pemain berkenaan adalah pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Declan Lambert.

Dalam satu kenyataan bertulis Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa, kedua-dua tonggak The City Boys itu tidak melaporkan diri ke kem latihan selepas mendapat pelepasan kerana urusan peribadi.

Dengan ketiadaan kedua pemain itu, skuad Harimau Malaya akan meneruskan kem latihan pusat kali ini dengan baki 28 pemain lain termasuk seorang pemain dari Senarai Bersedia iaitu Fazly Mazlan yang juga pertahanan kiri Selangor FC.

Berdasarkan situasi itu, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kekurangan tonggak di bahagian tengah dan pertahanan selepas sebelum ini, 11 pemain dari Johor Darul Takzim (JDT) dan seorang pemain dari Sri Pahang turut tidak dapat menyertai kem latihan tersebut atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga serta masalah kecederaan.

1767976

Usia muda Alif merupakan bonus buat skuad Harimau Malaya. Facebook /Terengganu FC

Seorang penyokong, VEshirt Visi berkata, Pan-gon perlu mempersiapkan pasukan segera dengan memanggil pemain lain untuk menggantikan dua pemain KL City berkenaan.

"Jadi, senarai pemain bersedia perlu dipanggil untuk menggantikan dua pemain yang tidak lapor diri ini. Cadangan saya call up lah Alif Zakaria dan Shahrel Fikri untuk diuji bersama kem negara bagi menghadapi piala AFF Disember ini," katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu bermain di posisi penyerang Selangor FC dan pernah memegang takhta bekas penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan saingan Liga Super musim 2020.

Walaupun kurang menyerlah bersama skuad Gergasi Merah musim ini, Shahrel Fikri atau Eky mungkin dapat mengasah kuku di bawah bimbingan jurulatih dari Korea Selatan itu.

Sementara itu, Alif Zakaria pula bermain di posisi pertahanan dan boleh dianggap sebagai kunci kekuatan kereta kebal Terengganu FC apabila sentiasa mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Nafuzi Zain untuk membarisi kesebelasan utamanya.

1838713

Shahrel boleh mengasah kuku jika dipanggil menyertai skuad kebangsaan. Facebook/Selangor FC

Sumbangan Alif Zakaria jelas berjaya membantu pasukannya apabila pasukan Pantai Timur itu hanya dibolosi sebanyak 18 kali, satu rekod yang hanya diatasi Johor Darul Takzim.

Selain dua pemain itu, seorang penyokong menamakan tonggak muda pertahanan JDT, Feroz Baharudin yang mempamerkan aksi cemerlang selepas dinaikkan pangkat bersama skuad utama Harimau Selatan.

Malah pemain berusia 22 tahun itu mendapat kepercayaan ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio dalam kesebelasan utama Harimau Selatan ketika aksi final Piala Malaysia dan perlawanan persahabatan menentang gergasi Eropah, Borussia Dortmund.

Bersama skuad kebangsaan, Feroz boleh mengasah kemahiran untuk mengekalkan momentum dimiliki dari segi kelajuan, tackling dan blocking.

"Feroz tu dah boleh panggil...bagi pendedahan awal...padu kot sekarang," kata Imran Ithnin.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Kemboja pada 9 Disember 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum menentang Maldives bagi aksi kedua pada 14 Disember 2022 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram