'Biar selekeh, janji tak korup', netizen hentam kritikan Pemuda Umno, anggap Anwar mesra rakyat


Anwar (kanan) mengadakan perjumpaan dengan penjawat awam pada Selasa. — Bernama

SEJAK Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Khamis lalu, segala tindak-tanduk beliau di tempat awam menjadi perhatian rakyat di negara ini.

Ia termasuk cara pemakaian beliau yang dilihat berbeza dengan pemimpin tertinggi negara sebelum ini.

1837387

Anwar lengkap memakai baju Melayu dan bercapal ketika hari pertama beliau memulakan tugas sebagai Perdana Menteri — Twitter Anwar Ibrahim

Jumaat lalu, Anwar mengenakan baju Melayu lengkap bersamping, selain memakai capal ketika memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Selain itu, gambar Anwar menanggalkan capal dan berkaki ayam ketika bermesyuarat di dalam Pejabat Perdana Menteri turut mendapat perhatian netizen.

Pada Selasa, Anwar mengadakan Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan November 2022 di Dataran Perdana Putra, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Ketika perjumpaan itu, Anwar dilihat memakai kemeja putih dilengkapi dengan kot hitam tanpa bertali leher dan tanda nama.

Cara pemakaian Anwar itu mendapat perhatian Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Menerusi laman Twitter, Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Sir Azri mengkritik pemakaian Anwar yang disifatkan sebagai tidak kemas.

"Tie (tali leher) mana. Selekehlah PM 10 ni. Name tag (tanda nama) pun tak pakai.

Screenshot 2022-11-30 130104

Tangkap layar komen Sir Azri berhubung pemakaian Anwar ketika mengadakan perjumpaan dengan penjawat awam.

"Depan penjawat awam tunjuklah contoh yang baik," tulisnya.

Bengang dengan kritikan itu, segelintir netizen tampil mempertahankan pemimpin nombor satu negara tersebut.

template - 2022-11-30T133005.607

Tangkap layar komen netizen berhubung kritikan Sir Azri terhadap Anwar.

@AbuZikr mendakwa, ramai rakyat Malaysia memuji Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang sebelum ini dilihat memakai kemeja putih, berseluar hitam dan berkasut sukan.

Katanya, pakaian itu dikenakan ketika Jokowi melakukan pertemuan dengan penjawat awam negara itu yang lengkap berseragam.

"Bila Perdana Malaysia santai begini, kena kutuk pula dengan kutu," katanya.

Bukan itu sahaja, @wtfison berkata, pemimpin negara Kumpulan Tujuh (G7) yang merangkumi Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Jerman, Jepun, Kanada dan Itali juga dilihat berpakaian seperti Anwar.

template - 2022-11-30T133957.700

Pemimpin G7 dilihat tidak memakai tali leher dan tanda nama. — Agensi

"Bila otak tak berkembang macam ini lah. Zaman sekarang siapa pakai tie. Nah, tengok G7 pun tak pakai tie. Tak caya cubalah Google," katanya.

Pada masa sama, @meta_lesir menjelaskan bahawa, keputusan Anwar yang tidak mengenakan tali leher ketika itu merupakan taktik psikologi.

"Ini bagi menampakkan dia lebih mesra rakyat, dekat dengan rakyat biasa dan bukan hanya mewakili golongan elit," ujarnya.

Teruk dikecam

Tidak cukup dengan itu, segelintir netizen turut mengorak sejarah lama Sir Azri, yang mana dia difahamkan terlibat dengan jenayah ketika menjadi anggota polis pada beberapa tahun lepas.

Kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dikongsi @rocketmen9 sambil berkata: "Selekeh yang sebenar."

template - 2022-11-30T133246.171

Tangkap layar perkongsian netizen berhubung kenyataan PDRM.

@RosmanMohamed1 menulis: "Selekeh tak apa, jangan korup. Sampai ke kubur kau kena jawab ambil rasuah bro. Malu pasukan polis.

@ibnu_sukri95 berkata: "Masa jadi penjawat awam tunjuklah contoh yang baik.Bukan melantak rasuah."

template - 2022-11-30T133604.097

Tangkap layar pangkalan data pesalah rasuah melibatkan Sir Azri.

Dia turut berkongsi tangkap layar pangkalan data pesalah rasuah yang melibatkan nama Sir Azri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram