PERLAWANAN separuh akhir pertama Piala Malaysia di antara Sabah FC dan Johor Darul Takzim (JDT) pada Selasa lalu 'dimeriahkan' dengan 11 kad kuning dan satu kad merah dilayangkan pengadil, Razlan Joffri Ali.
Namun dalam kebanyakan drama layangan kad berlaku, ragam pemain veteran Sabah FC, Amri Yahya sepanjang 90 minit perlawanan paling mencuri tumpuan peminat kedua-dua pasukan.
Pada minit ke-52, Amri seakan-akan 'naik hantu; apabila bertembung dengan pemain JDT, Feroz Baharudin di sudut padang sebelum ditenangkan oleh pemain pertahanan JDT, Corbin Ong.
Amri sekali lagi dilihat mengamuk ke arah pengadil selepas dia dilayangkan kad kuning akibat 'bergelek' dengan membenamkan kasut untuk membuat lubang di atas padang sebelum Bergson mengambil sepakan penalti.
Amri 'naik hantu' setelah bertembung dengan Feroz dan dileraikan oleh Corbin.
Sesetengah peminat berpendapat tindakan pemain senior itu sebagai kebudak-budakan dan sengaja mahu 'psiko' pemain pasukan JDT.
Untuk memastikan perkara itu tidak berulang di perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Ahad ini nanti, penyokong mahu Safiq Rahim diturunkan bersama kesebelasan utama.
Menurut penyokong, kedua-dua otai yang pernah bersahabat baik ketika bermain dalam pasukan Selangor ini mampu saling memberi tekanan kepada pasukan lawan masing-masing.
Tangkap layar aksi 'twist' Amri yang membuatkannya mendapat kad kuning.
Penyokong JDT, DJamal Djamal: "Perlawanan seterusnya, saya wakilkan 'Abang Long SR8' utk bagi tunjuk ajar sikit pada Wak Am tu," katanya.
Kak Jah Awi Kja bersetuju dengan pendapat tersebut lalu menambah: "SR8 darah menyirapnya lain sikit...habis kepala Wak Am ditanduknya karang," katanya.
"Kasi turun tailong Safiq Rahim next game.. lu turun tempat gua.. lu twist padang JDT gua mau tengok,"ejek Wan Azwan Tamim
Pada perlawanan tersebut, JDT hanya sempat membawa pulang bekalan satu gol menerusi rembatan kencang dari luar kawasan penalti oleh pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-34. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram