MFL bina liga syok sendiri? Lebih banyak kelab terkubur jika tiada FPP


  • Podium
  • Isnin, 14 Nov 2022

Warganet mengkritik tindakan MFL yang tidak melaksanakan FFP sehingga menyebabkan PJ City tarik diri daripada menyertai Liga M berikutan berdepan dengan masalah kewangan.

MASALAH bayaran gaji kepada pemain bola sepak bukan isu baharu dalam lapangan sukan itu.

Bahkan perkara itu boleh dikatakan berlaku setiap tahun dalam saingan Liga Malaysia.

Pasukan seperti Melaka United dan Sarawak United antara kelab terbaharu berhadapan dengan situasi itu.

Begitu juga dengan Petaling Jaya (PJ) City yang umum mengetahui tidak akan termasuk dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim depan ekoran bimbang berlakunya kemelut kewangan,

Keputusan yang diambil pasukan itu dianggap sebagai langkah selamat memandangkan kos bayaran gaji pemain, pengurusan dan sebagainya terlalu mahal.

Menurut perkongsian seorang pemerhati bola sepak, Ahmad John di Facebook, secara purata sesebuah pasukan memerlukan RM1.3 juta untuk bayaran bagi 32 pemain dengan nilai gaji purata RM40,000 seorang.

Liga Simpanan pula secara purata bayaran gaji sebanyak RM10,000 seorang mampu mencecah RM300,000 untuk 30 pemain.

“Piala Presiden RM5,000 seorang, ganda dengan 30 pemain sudah menjadi RM150,000.

“Piala Belia RM2,000 seorang dan ganda 30 pemain bersama RM60,000,” jelasnya.

Secara bulanan katanya, sebuah kelab perlu bajet sekurang-kurangnya RM1.8 juta sebulan atau RM21.6 juta setahun untuk membiayai empat pasukan tersebut.

Ini katanya tidak termasuk bayaran barisan kejurulatihan, kos logistik dan kos perlawanan.

Bersetuju dengan pandangan itu, seorang lagi pemerhati bola sepak, Zuraimi Zukri berpendapat apa yang dilakukan PJ City adalah satu perkara positif.

Baginya, jika sesebuah pasukan menyedari posisi mereka tidak mampu bersaing dengan team lain, tarik diri merupakan tindakan bijak.

“Tubuhkan sahaja pasukan mengikut bajet. Tetapi, jika tidak kompetitif buat apa sertainya lagi.

“Liga ini terlalu mahal, Liga Simpanan buat lagi mahal,” jelas Zuraimi Zukri.

314730057_1189036551956499_6739794988139207502_n

Anggaran perbelanjaan sesebuah pasukan mengikut Liga.

Dalam pada itu Zuraimi Zukri turut mengatakan kewujudan Liga Simpanan hanya akan membeban pasukan ‘miskin’.

“Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedang membina liga syok sendiri, tidak melihat dari sudut pandang yang lebih holistik.

“Sudah sekian lama Liga M diwujudkan dan dilihat tidak lagi mapan dan mampu untuk lebih berkembang,” ujarnya.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh pengguna media sosial lain yang berpendapat Liga M banyak membebankan pasukan sekali gus meningkatkan masalah tunggakkan gaji.

“Sebab Liga Malaysia ini, duit keluar lagi banyak dari duit masuk. Peminat pula tidak akan datang kalau team itu berjaya. Kalau tidak berjaya, siapa nak pergi tengok.

“Tambah lagi kos operasi team lagi masalah. Tahun depan lagi bertambah masalah tunggak gaji,” kata Faiz Razak.

“Sebenarnya Liga M ini peminatnya kedekut. Pemain banyak yang bagus-bagus, begitu juga dengan pemain import.

“Padang baik serba serbi baik, tetapi nak turun stadium pun tidak. Beli jersi pun tiruan, macam kelab hendak menjana pendapatan,” kata Nor Shah yang menyalahkan penyokong kerana tidak membantu menjana pendapatan kelab.

Dalam pada itu, kelab penyokong Penang FC, Penang Brotherhood berpendapat MFL bersikap tidak adil terhadap pasukan seperti PJ City.

Seharusnya badan pengelola Liga Malaysia itu perlu lebih peka terhadap pengurusan kewangan yang adil atau FFP.

143-fb_cover_2019

MFL perlu lebih peka terhadap tahap kewangan pasukan.

“MFL selalu jatuh hukum pasukan tidak bayar gaji dan tidak membenarkan mereka memperbaharui lesen.

“Kena wujudkan had perbelanjaan pasukan jika tidak banyak lagi pasukan akan jadi seperti PJ City iaitu menarik diri daripada kos perbelanjaan pasukan bola sepak,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sekiranya FFP diwujudkan semua pasukan dapat patuh dan berbelanja mengikut had ditetapkan.

Selain itu, perubahan liga patutu diumumkan lebih awal agar pasukan dapat membuat persediaan terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang makin mencabar.

“Dijangka pasukan memerlukan perbelanjaan sekitar RM20 juta hingga RM30 juta semusim. Adakah dengan bermodalkan RM8 juta pasukan dapat bersaing? Perbelanjaan pasukan kini bagaikan langit dan bumi,” ujarnya.

Kenyaaan itu mendapat persetujuan daripada beberapa warganet di Facebook.

“Aku sebenarnya dah setuju dah semua team main Liga Perdana. Tetapi, yang Liga Simpanan itu dah kenapa?” kata Muhd Hazman.

“Kelantan United, Sarawak United, Selangor United dan Kuching City pula bakal berkubur 2024 nanti,” kata Tomes Aaria. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram