'Tak kelik Baling lah ni?', Rizal Ghazali ada sebab kekal di Sabah


  • Podium
  • Khamis, 10 Nov 2022

Gambar Rizal bersama wanita kelahiran Sabah itu yang didakwa kekasihnya. — Instagram/Rizal Ghazali

KHABAR angin mengaitkan tonggak pertahanan, Rizal Ghazali bakal meninggalkan Sabah FC pada musim depan menjadi perkara yang ditakuti oleh para penyokong The Rhinos.

Hal ini kerana, pemain berusia 30 tahun itu merupakan antara watak penting bagi menjaga kubu pertahanan Sabah FC pada musim ini dan kepakaran Rizal juga berjaya membantu The Rhinos mendapat tempat ketiga dalam saingan Liga Super.

Desas-desus pemain yang mesra dengan panggilan Jai itu bakal meninggalkan Sang Badak bermula apabila khabar angin teman rapatnya, Baddrol Bakhtiar dikaitkan dengan perpindahan semula ke Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Ketiadaan dua legenda Kedah itu pada musim ini jelas memberi kesan kepada Sang Kenari dengan hanya menyaksikan pasukan Hijau Kuning menduduki carta kelapan liga dan tersingikir dari pusingan pertama Piala Malaysia.

Bagaimanapun, ura-ura itu belum disahkan lagi oleh pihak pengurusan Sabah FC, tambahan pula ramai yang menyifatkan ia sekadar khabar angin apabila Rizal sendiri berkongsi ada sebab tersendiri untuk kekal di Likas.

rizal ghazali

Rizal sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan semula ke Darul Aman bersama Baddrol. — Facebook/Sabah FC

Dalam satu hantaran pada laman Instagram pemain berasal kelahiran Baling, Kedah itu, Rizal berkongsi gambarnya bersama seorang wanita yang didakwa kekasihnya.

Difahamkan, wanita itu dikenali sebagai Dr Hana Rose dan merupakan pemenang tempat ketiga bagi pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia bagi sesi 2019/2020.

Wanita yang didakwa berasal dari negeri Di Bawah Bayu itu juga merupakan seorang pakar kecantikan yang memiliki klinik estetik di Kota Kinabalu.

Gambar Rizal bersama wanita berkenaan membuat penyokong bola sepak tanah air mendakwa cinta baharunya itu menjadi sebab utama untuk dia kekal di Sabah FC.

“Tak kelik (balik) Baling dah lah cara ini Jai hahahaha,” komen pengguna Instagram, mhdznzmri.

“Mesti jadi jurulatih Sabah terus lepas ini,” kata nikolai_volkof.

“Perghhh sumandak (gelaran wanita cantik di Sabah) terus kau dapat ya Jai,” tambah donrojoo.

Rizal bagaimanapun tidak memberikan respons terhadap semua usikan nakal peminat di laman sosial itu. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram