Ceramah tabligh mungkin cara terbaik halang budaya Hooligan


  • Podium
  • Isnin, 07 Nov 2022

Kekecohan antara Hooligan atau samseng bola sepak di luar perkarangan stadium jelas merimaskan penyokong yang benar-benar cintakan sukan bola sepak.

SUKAN bola sepak cukup terkenal dengan sikap fanatik para peminatnya sehingga insiden membabitkan pergaduhan para penyokong bukan lagi sesuatu perkara baharu.

Malah, rusuhan ataupun tindakan ganas yang dilakukan oleh penyokong itu seperti tidak mengendahkan nyawa sehingga berlaku kecederaan dan nyawa terkorban gara-hara sukan bola sepak.

Selalunya puak yang melakukan provokasi itu dikenali sebagai ‘Hooligan’ ataupun samseng bola sepak yang mana mereka sering bertindak liar semasa atau selepas perlawanan berlangsung.

Liga Malaysia (Liga M) musim ini juga menyaksikan terdapat beberapa kes insiden pergaduhan yang membabitkan penyokong dari beberapa kelab.

Pada Ogos lalu sahaja, menyaksikan dua insden pergaduhan iaitu kejadian tumbuk-menumbuk antara penyokong Melaka United yang kini dikenali sebagai Harimau Melaka FC dan Sri Pahang di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Tidak sampai seminggu, insiden kedua kekecohan berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan antara penyokong Kelantan FC dan Perak FC.

Terbaharu, puak ‘Hooligan' ataupun samseng bola sepak kembali lagi mencemarkan suasana perlawanan Liga Malaysia (Liga M) apabila kali ini menyaksikan berlaku kekecohan di perkarangan stadium.

Menerusi video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Hasrul Kalou pada Isnin menunjukkan sekumpulan penyokong menjerit seperti menyuarakan ketidakpuashatian mereka sehingga terpaksa diamankan oleh pihak polis bantuan yang terlibat.

Menariknya, pemilik akaun itu juga mencadangkan idea untuk memanggil golongan tabligh untuk menghentikan budaya Hooligan daripada terus mengotori bola sepak Malaysia.

“Salah satu cara nak atasi masalah acah-acah Hooligan ini..panggil geng Tabligh datang. Mesti bila kelibat jubah dari jauh beramai-ramai, larilah mereka yang kasual-kasual ini.

“Datang tengok bola, dah habis balik rumahlah... Bila dah kena angkut, tidak mengaku pula, B****h macam tombol pintu,” cadangannya.

“Macam tidak pernah pergi stadium masing-masing. Libas-libas sahaja,” komen seorang lagi penyokong, Khairul Azman.

“Memalukanlah. Budak-budak baru nak up macam inilah. Patut terus tembak dengan canon water selepas itu gas pemedih mata. Biar mereka rasa sikit,” komen Malkit Singh.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian tular itu belum dapat dipastikan dan Majoriti sedang cuba menghubungi pemilik akaun untuk maklumat lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram