'Defend ball watching', Syihan terpaksa kerja keras selamatkan gawang NSFC


  • Podium
  • Isnin, 07 Nov 2022

Syihan dilihat terpaksa bekerja keras menyelamatkan gawang NSFC lebih banyak dibolosi jentera serangan Selangor malam tadi. — MFL

SELANGOR FC berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selangor pada Ahad.

Dalam aksi itu, penjaga gol NSFC, Syihan Hazmi diasak barisan anak-anak Tan Cheng Hoe melalui jaringan Herlison Caion pada minit ke-55 dan Aliff Haiqal pada penghujung babak kedua.

Menerusi perlawanan itu juga, pertahanan Negeri Sembilan, Herold Goulon mengasari pemain Selangor, Shahrul Nazeem sekali gus dilayangkan kad merah sebelum tuan rumah memperolehi sepakan penalti yang disempurnakan Caion.

Tidak hairanlah, sebahagian penyokong berasakan Syihan sudah membuat yang terbaik bagi mempertahankan gawang skuad Hobin Jang Hobin.

"Susah betul Selangor nak buat gol. Bolos dua gol pun sebab penalti dan gol last minute je," kata Suhaimi Mie.

Lantas, segelintir peminat menuding jari kepada barisan pertahanan Negeri Sembilan yang dirasakan tidak cukup kukuh untuk mengawal pintu gol daripada dibolosi pasukan lawan.

314409400_8202473543158412_3480360104272328336_n

Goulan mengawal pemain Selangor, Caion pada aksi suku akhir Piala Malaysia, pada Ahad. — MFL

Salah seorang penyokong, Abdul Hadi Ruslan berpendapat persembahan barisan pertahanan NSFC agak goyah pada perlawanan itu.

"Empat orang defend, dia boleh gol juga...tak tahu Aliff terlalu handal, atau defend ntah apa-apa.

"Nampak Selangor terlalu dominan walaupun sebelum Goulon kena kad merah, ball possession pun banyak kat Selangor. Apapun comeback di Paroi, ada 90 minit lagi, macam-macam boleh jadi," katanya.

"Bola tu patut boleh save tapi tulah defend ball watching," ujar Ahmadmulya Ibnimulkan pula.

Pada perlawanan itu, posisi centre back NSFC dibarisi Goulan, Annas Rahmat dan Nasrullah Haniff.

Bermain di posisi left back dan right back pula ialah Khuzaimi Piee, A. Namathevan dan Hariz Kamarudin.

Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia akan dilangsungkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu depan.

Selangor kini dalam misi memburu Piala Malaysia buat kali ke-34 dalam sejarah selepas kali terakhir mendakap trofi berprestij itu pada edisi 2015 dengan menewaskan Kedah 2-0 di pentas final. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram