'Mimpi sajalah', penyokong ragu-ragu senarai bintang JDT, TFC dan Kedah datang ke Darul Makmur


  • Podium
  • Isnin, 07 Nov 2022

Perjalanan Sri Pahang sekadar tersekat di peringkat kalah mati apabila ditunjukkan jalan keluar oleh TFC dengan dengan keputusan agregat 3-9. — Facebook/Sri Pahang FC

DALAM kerancakan kejohanan Piala Malaysia, khabar angin mengenai perpindahan pemain tetap sahaja bertebaran, malah ada juga kelab yang sudah menandatangani kontrak beberapa tonggak bagi memperkukuhkan pasukan masing-masing.

Seperti pasukan Perak FC, dilaporkan sudah berjaya menandatangani tiga pemain baharu yang mana dua daripadanya adalah produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Ilham Aqil dan Harith Naem Jaineh.

Terbaharu, The Bos Gaurus mengumumkan kemasukan pemain baharu meraka iaitu penjaga gol Harimau Melaka, Bryan See ke dalam skuad Perak FC.

Turut menginginkan bintang baharu menyarung jersi Sri Pahang pada musim depan, giliran skuad Tok Gajah pula terpalit dengan khabar angin bahawa beberapa pemain dari kelab elit tanah air bakal ke Darul Makmur musim depan.

Pemain Terengganu FC; Faisal Halim, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Jordan Mintah dan tonggak sayap, Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid merupakan antara pemain yang dikatakan akan ke Sri Pahang musim depan.

mintah faisal

Mintah dan Faisal dikaitkan dengan Sri Pahang. — Facebook/TFC

Selain dua kelab teratas Liga Super itu, skuad berpangkalan di Pantai Timur itu juga dikhabarkan sedang merisik pemain sayap Kedah Darul Aman (KDA) FC, Fayadh Zulkifli dan penjaga gol Negeri Sembilan FC (NSFC), Ahmad Syihan Hazmi.

Bagaimanapun, desas-desus mengaitkan pemain dari empat kelab berkenaan kurang dipercayai oleh sesetengah penyokong berikutan pasti memerlukan perbelanjaan bagi merekrut senarai bintang itu.

“Mimpi ke malam tadi,” komen penyokong Tok Gajah, Aidil Mat Nor.

“Dengar boleh tapi kalau tampuk masih yang lama tiada gunanya. Jalan serupa itu jugalah....tebas dulu laluan baru. Baru cerita boleh rancang, buang kekotoran yang melekat di baju Pahang FC,” kata penyokong, Tembaga Seraya.

Penyokong Sri Pahang, Mohd Ariff Othman menambah: “Berapa juta nak bayar gaji ini layak ke Sri Pahang.”

TFC

Antara detik Sri Pahang diaibkan Terengganu. — Facebook/Sri Pahang FC

Sekiranya senarai pemain baharu ada di antaranya menjadi benar, ia sebenarnya memberi berita baik buat penyokong yang menginginkan Sri Pahang kembali memberi saingan sengit dalam liga.

Hal ini kerana, skuad Tok Gajah musim ini hanya mampu menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh dengan hanya 28 mata berjaya dikumpul.

Bagi kempen saingan Piala Malaysia pula, skuad di bawah bimbingan Datuk Dollah Salleh hanya sekadar mengisi jadual kejohanan itu selepas tewas di tangan Terengganu dengan keputusan agregat 3-9. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram