'Fans' TFC idam Ikhsan Fandi, tapi legenda di Sri Pahang mungkin penghalang


  • Podium
  • Isnin, 31 Okt 2022

Pada April lalu, Ikhsan menjadi perbualan hangat apabila menyumbangkan empat gol pada perlawanan antara dua kelab Thailand, BG Pathium dan PT Prachuap. — Agensi

TERENGGANU FC (TFC) membuktikan mereka berada di kelas tersendiri apabila berjaya mempamerkan peningkatan prestasi secara konsisten dengan mencipta rekod cemerlang di Piala FA dan saingan Liga Supe,r sekali gus menempah slot ke Piala AFC musim depan.

Kegemilangan tersebut membuktikan kualiti pemain-pemain skuad Penyu sehingga menyebabkan mereka mendapat perhatian daripada pasukan-pasukan lain yang berminat untuk menggunakan khidmat mereka pada saingan liga tempatan akan datang.

Setakat ini, pemain-pemain hangat dikaitkan dengan perpindahan adalah Faisal Halim, Kpah Sherman, Pape Diakite serta Faiz Nasir.

Lebih menambahkan gelisah buat penyokong Terengganu, pengurusan TFC seakan-akan melengah-lengahkan urusan lanjutan kontrak ketua jurulatih serta pemain-pemain yang akan menyebabkan mereka berpotensi disambar kelab lain.

Enggan terus menunggu kata putus daripada pengurusan dan pemain, penyokong Terengganu mula ligat mencari nama-nama pemain untuk digantikan seandainya mereka bakal kehilangan tonggak-tonggak penting.

Penyokong TFC tertarik dengan aksi yang dipamerkan Ikhsan.

Antara nama dipetik penyokong Terengganu adalah penyerang sensasi kebangsaan Singapura, Ikhsan Fandi yang kini menjadi tonggak kebanggaan bagi pasukan BG Pathum United FC.

Pemain berusia 23 tahun berkenaan menyumbang enam gol dan menghasilkan satu bantuan gol sepanjang 18 penampilannya bersama pasukan dari Thailand tersebut untuk musim 2022/2023.

Bagi musim 2021/2022, Ikhsan mengumpul 17 gol dan satu bantuan gol dalam 26 penampilannya bersama skuad tersebut.

Tinjauan Majoriti di laman transfermrkt mendapati kontrak pemain berketinggian 1.84 meter tersebut hanya akan tamat pada penghujung Mei 2024, ini bermakna sekiranya TFC berminat, mereka perlu menebus kontrak tersebut.

Namun rata-rata pemain Terengganu tidak merasakan wang menjadi punca utama TFC tidak akan dapat meraih khidmat pemain muda negara jiran tersebut, tetapi status Ikhsan sebagai anak kepada Fandi Ahmad, pengarah teknikal Sri Pahang FC.

Salah seorang penyokong TFC, Kurox Hafiz berkata: "Kalau dia masuk liga kita ni, sah dia akan join Sri Pahang... Ikut ayah dia."

"Permainan dia memang mantap dan dia adalah penjaring yang berkualiti. Tapi dia tidak akan bermain dekat sini (TFC), sah ayah dia akan tarik dia," sambung Juxo.

Indra Putra menambah: "Kalau Sri Pahang dapat dia ni, mantap pasukan mereka musim depan." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram