Andai BB7 ke Kedah, mana pula destinasi pilihan Rizal Ghazali?


  • Podium
  • Rabu, 26 Okt 2022

Baddrol dan Rizal memainkan watak penting buat Sabah FC yang menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Super musim ini. — Facebook

MINGGU ini, khabar angin perpindahan melibatkan tonggak Sabah FC, Baddrol Bakhtiar menjadi tumpuan dunia bola sepak tempatan.

Legenda Kedah itu dikaitkan dengan perpindahan semula ke kelab Sang Kenari setelah memuat naik satu video hitam putih yang seolah-olah menunjukkan pengakhiran perjalanannya di Sabah FC baru-baru ini.

Jika benar Baddrol hampir pasti menyarung semula jersi Hijau Kuning pada musim depan, timbul persoalan dalam kalangan peminat mengenai destinasi pilihan rakan akrabnya, siapa lagi kalau bukan Rizal Ghazali.

Tidak hairanlah, penyokong mula berasakan Rizal bakal mengikut jejak langkah Baddrol untuk kembali ke pangkuan Kedah selepas semusim meninggalkan majikan lama mereka.

Ini kerana gandingan dua bintang itu dirasakan lebih mantap jika beraksi bersama di atas padang.

"Kalau Badd balik Kedah, Rizal balik tak?," persoal Azri Jufry.

Mizie Ahmad pula berharap khabar angin itu betul-betul menjadi realiti kerana dia berasakan tanpa kedua-dua pemain tersebut, Kedah seolah-olah tak berseri musim ini.

299876243_7823542794384824_3046266250773418459_n

Rizal dikatakan bakal mengikut jejak langkah Baddrol untuk kembali ke pangkuan Kedah selepas semusim meninggalkan majikan lama mereka. — Facebook

"Balik mai Badd dan Rizal...bagi hidup balik bola Kedah," ujar Suhaimi Shaari.

"Harap-harap Baddrol Bakhtiar dan Rizal balik mai Kedah semula," kata Dat Le Pah pula.

Untuk rekod, Rizal pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala Malaysia 2016 selepas membantu Kedah meraih kejuaraan kali kelima trofi tersebut.

Menariknya, dalam perlawanan akhir menentang Selangor itu, Rizal menjadi 'hero' pasukan selepas berjaya menjaringkan gol penalti selepas dua pemain lain gagal menyempurnakannya.

Antara kejayaan lain yang diraih Rizal bersama Kedah adalah membantu pasukan menjadi juara Liga Perdana (2015), naib juara Piala Malaysia (2015), tempat ketiga Liga Super (2016) dan juara Piala Malaysia (2019).

Rizal telah bermain sebanyak 118 perlawanan sepanjang kariernya di Kedah dan meraih 13 kap bersama skuad kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram