Jika jiwa bukan di Sabah, pemergian BB7 direstui


  • Podium
  • Isnin, 24 Okt 2022

Baddrol sebelum ini seakan-akan memberi petanda awal untuk tidak bersama Sabah FC lagi. — Facebook/Sabah Football Club

KECOH dalam kalangan penyokong Sabah FC selepas pemain tengah pasukan itu, Baddrol Bakhtiar memuat naik video berwarna hitam putih.

Video tersebut seakan-akan memberi gambaran yang dia mungkin tidak bersama skuad The Rhinos lagi untuk musim depan.

Malah, ada yang membuat andaian bahawa pemain berusia 34 tahun itu akan kembali menyarung jersi Hijau Kuning.

Sabah-vs-Kedah

Baddrol (dua dari kiri) ketika bersama Sabah FC menentang bekas pasukannya, KDA FC. — Facebook/Sabah Football Club

Belum ada kenyataan rasmi daripada bekas pemain kebangsaan itu namun, penyokong Sabah FC seperti merelakan pemergian itu.

Seorang penyokong Sabah FC, Sugudsarayo berkata, keputusan terletak kepada Baddrol apatah lagi pemain itu dilihat tidak memberi 100 peratus komitmen.

"Terpulang sama ada Baddrol mahu tinggalkan Sabah. Lagipun dia tidak memberi 100 peratus komitmen ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA FC).

"Baddrol hanya akan akan memberi komitmen 100 peratus jika dia bermain untuk KDA. Dia ke Sabah hanya untuk menghormati tawaran Datuk Ong Kim Swee," katanya.

276223115_3207983436115434_5510370393199601848_n

Baddrol selaku kapten pasukan memberi kata-kata semangat sebelum perlawanan bermula. — Facebook/Sabah Football Club

Turun menyatakan pendapat sama ialah Lan Peace yang menganggap Baddrol kurang profesional terutamanya ketika menentang bekas pasukannya.

"Baddrol memang seorang pemain yang bagus dan berkualiti, cuma kurang profesional sedikit bila Sabah jumpa KDA FC.

"Nampak betul badan bermain di Sabah tapi hati di Kedah. Tak hairan pun sebab Baddrol main selama 16 tahun bersama Sang Kenari, jangka masa yang begitu lama.

"Jadi, pemain mana pun agak sukar nak melupakan pasukan lamanya dalam masa yang singkat. Apa pun kita tunggu sahaja percaturan Kim Swee untuk Sabah FC," katanya.

312119545_3366415006938942_5834273345701222922_n

Baddrol (kanan, belakang) bersama kesebelasan utama The Rhinos. — Facebook/Sabah Football Club

Bagi Haa Dee Shou Phin pula, pemain muda Sabah perlu belajar cara Baddrol bermain untuk meningkatkan kualiti permainan.

"Tidak dinafikan, Baddrol seorang pemain yang mempunyai keyakinan, kawalan dan hantaran bola tinggi yang baik serta bijak merancang permainan di pelbagai posisi.

"Pemain muda perlu belajar dengannya. Kalau boleh, biarlah dia kekal dahulu bersama Sabah FC," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram