KEMAHIRAN bertutur bahasa Melayu menjadi tarikan pemain Sabah FC, Park Tae Su meskipun berasal dari negara Korea Selatan.
Menyertai Sabah FC sejak 2019, penampilan pemain pertahanan tengah tengah itu kadangkala turut dikaitkan dengan aktor senegaranya, Kim Jong-kook disebabkan rupanya.
Dalam pada itu Tae-su turut meluahkan hasratnya untuk terus bersama pasukan tersebut sehingga kontraknya dilaporkan berakhir pada penghujung tahun ini.
Penyokong bagaimanapun seakan tidak mahu berpisah denganya dan mengharapkan agar terus kekal di Malaysia dan memberi sumbangan kepada skuad negara.
Memetik perkongsian di Facebook Aiman Haziq yang mengharapkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadikan Tae-su sebagai pembantu jurulatih Harimau Malaya.
Tangkap layar perkongsian Aiman Haziq di Facebook.
Tentu sahaja kemahiran berbahasa Melayu dilihat dapat membantu jurulatih, Kim Pan-gon untuk terus meneraju negara ke peringkat yang lebih baik.
“Bagus Park Tae-su, fasih berbahasa Melayu lagi. Nampak betapa sayangnya dia dekat Sabah FC sehingga menyatakan yang dia ingin bersara di Sabah FC.
“Harap-harap lepas bersara nanti FAM ambillah Park Tae-su sebagai Pembantu Jurulatih Harimau Malaya bersama dengan Kim Pan-gon,” katanya.
Dalam pada itu Aiman Haziq turut meluahkan pandangan agar memberi hak naturalisasi kepada Tae-su.
Perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi penyokong.
“Bagus permainannya, tetapi sayang tidak berapa nampak sangat kerana posisinya penting, namun tidak popular dengan posisi lain,” kata Muhammad Tarreq Ziad.
“Boleh jadi penterjemah juga pada Kim Pan-gon. Macam penterjemah Indonesia, Shin Tae-yong,” kata Hairul Juhari.
Bagaimanapun terdapat juga pihak yang menolak cadangan itu dan tidak melihat tindakan tersebut dapat memberikan sebarang kelebihan.
“Apa keuntungan jurulatih sebagai naturalisasi. Tak faham. Kalau pemain baik juga sebab boleh mewakili negara, tetapi jurulatih untuk apa?,” kata Muhamad Hafis Hasan.
“Minta yang bukan-bukan sahaja,” kata Muhamad Nor Izmi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram