Tingkatkan peluang pekerjaan menerusi MYFutureJobs, Perkeso sambut baik inisiatif Bajet 2023


  • Massa
  • Isnin, 10 Okt 2022

Perkeso menyambut baik usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat sekali gus berdepan dengan tahap ekonomi yang mencabar pada tahun depan.

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) menyambut baik perancangan kerajaan dalam Bajet 2023 untuk mengukuhkan ekonomi negara sekali gus melindungi kebajikan pekerja.

Menurut Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed, pihaknya sangat komited untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan yang diberikan kerajaan dalam Pembentangan Belanjawan pada Jumaat lalu.

Katanya sebanyak lima insentif akan diberikan merangkumi bantuan padanan caruman kepada golongan yang bekerja sendiri, program insentif pengajian, penambahbaikan Pusat Satelit MYFutureJobs di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Penempatan Pekerjaan Kebangsaan serta perlindungan kepada suri rumah termasuk Program Saringan Kesihatan.

“Bagi mengurangkan bebanan golongan bekerja sendiri untuk membayar caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso, kerajaan akan meneruskan bantuan padanan caruman sebanyak 80 peratus kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS).

“Pekerjaan seperti penghantar makanan, petani, nelayan, penjaja dan lain-lain. Mulai tahun depan, insentif ini turut diperluaskan kepada golongan OBS sektor pendidikan, sukan tempatan dan ekonomi digital.

“Caruman bagi OBS yang berkhidmat sebagai sukarelawan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pekhidmat rumah ibadat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan insentif tersebut yang akan memberi manfaat kepada lebih 756,000 OBS di seluruh Malaysia.

Perkeso turut akan melaksanakan caruman mandatori SKSPS secara berperingkat kepada semua sektor pekerjaan berisiko tinggi seperti pengangkutan, pertanian, penternakan, perhutanan, perikanan dan kesenian.

Dalam pada itu, Program Insentif Penggajian turut dapat mengurangkan kadar pengangguran negara apabila sebanyak RM150 juta diperuntukkan kepada Perkeso untuk dilaksanakan.

Peluang itu secara tidak langsung memberi harapan baharu kepada lebih 70,000 pencari kerja di seluruh negara.

1624508

sebanyak RM80 juta disediakan kerajaan menerusi Bajet 2023 untuk memastikan kesejahteraan pekerja.

“Insentif khas buat majikan akan diberikan bagi menangani isu ketidakpadanan pekerjaan dan menyediakan akses pekerjaan yang sewajarnya kepada golongan belia.

“Perkara ini melibatkan pengambilan pekerja daripada kategori belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada tiga bulan, pencari kerja daripada sektor digital dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), “ ujanrya.

Insentif sebanyak RM600 hingga RM750 sebulan selama tiga bulan akan diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja daripada golongan mudah terjejas seperti Orang Kurang Upaya (OKU), wanita, bekas banduan, pesara tentera, orang asli dan pekerja dalam sektor pelancongan.

Sementara itu, peningkatan kualiti pencarian pekerjaan, Perkeso akan terus meningkatkan penambahbaikan fasiliti 13 Pusat Satelit MYFutureJobs di UTC dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM8 juta.

Jumlah itu melibatkan Perkeso untuk menjalankan kerja-kerja renovasi ruang pejabat, penambahan kaunter kaunseling kerjaya, bilik temu duga, pembinaan landskap dan ruang informasi.

“Perkeso juga memberi perhatian kepada golongan suri rumah menerusi insentif Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah menerusi program Kasih Suri Keluarga Malaysia bagi melindungi golongan wanita,” jelasnya.

Fokus kerajaan tidak hanya tertumpu kepada pekerjaan, tetapi turut melibatkan kesihatan pekerja apatah lagi apabila virus Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya.

IPEF 2021 is an international programme aimed at analysing issues related to the labour market and public employment, said Dr Mohammed Azman.

Mohammed Azman Aziz Mohammed

Oleh itu, program saringan kesihatan Perkeso bertujuan memberi pengesanan awal terhadap penyakit tidak berjangkit (Noncommunicable Diseases) seterusnya dapat mengambil tindakan awal bagi penjagaan kesihatan pekerja.

Menerusi program ini, pencarum Perkeso berumur 40 tahun dan ke atas yang layak akan berpeluang menjalani saringan kesihatan.

“Saringan kesihatan untuk mengesan dan mencegah penyakit kritikal termasuklah diabetes, kegagalan fungsi buah pinggang dan hati serta saringan kanser.

“Golongan pekerja wanita juga akan mendapat saringan tambahan iaitu saringan mamogram dan ujian pap smear bagi mengenal pasti risiko kanser payu dara dan kanser serviks,” katanya.

Penambahbaikan itu bakal memanfaatkan kepada 2.3 juta pekerja dengan peruntukan RM80 juta yang disediakan kerajaan menerusi Bajet 2023.

Sebanyak RM372.3 bilion yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan dapat dilaksanakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram