Rafizi Ramli ramal tarikh PRU15, sudah mula 'berkempen'


  • Primer
  • Isnin, 10 Okt 2022

Rafizi dianggap seperti cakap tidak serupa bikin apabila terus melaksanakan kempen meskipun sebelum ini menolak PRU untuk diadakan dalam tempoh masa terdekat.

PENGUMUMAN pembubaran Parlimen yang diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob pada Isnin memberi ruang untuk negara mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh masa 60 hari.

Menurut Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli PRU15 dijangka berlangsung poada minggu pertama November depan.

“Insya-ALLAH akan mengundi pada awal November sebelum masuk minggu kedua,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, Rafizi turut memberitahu pihaknya menyeru agar pengundi membuat pilihan bijak dalam menentukan pemimpin negara.

Katanya, sokongan rakyat amat diperlukan parti bagi mentadbir negara yang lebih makmur dan berdaya saing apatah lagi berhadapan dengan keadaan ekonomi tidak menentu pada tahun lalu.

PKR  FLAGS  WERE SEEN HANGING  FROM  ONE OF THE PKR  OPERATION CENTRE  LOCATED AT A ROW OF SHOPLOTS  TO TREES  ALONG  JALAN  CINTA SAYANG IN SUNGAI PETANI, KEDAH YESTERDAY.

PKR antara pencabar terkuat untuk memenangi PRU15 kali ini.

“Jika ada anak muda yang mengundi kali pertama, ibu bapa pujuk mereka untuk keluar mengundi dan memilih Keadilan dan Pakatan Harapan.

“Saya mohon semua rakyat yang mahu negara berada di keadaan yang jauh lebih baik serta limpahan nikmat, diharapkan rakyat dapat menghulurkan bantuan seperti ikuti kempen isu penyelewengan yang tidak putus-putus.

“Menyumbang kepada perbelanjaan kempen secara crowdfunding menerusi (laman web) ayuh malaysia,” jelasnya.

Rafizi turut meminta agar rakyat menolak calon parti terlibat dalam menyeleweng dana rakyat termasuk mereka yang culat menjalankan tanggungjawab negara.

Bagaimanapun kenyataan Rafizi itu mengundang persoalan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempertikai tahap kesediaan negara berdepan dengan kemungkinan banjir.

“Apakah perancangan jika banjir menjadi satu cabaran? Bagaimana hendak pastikan yang perkara sebegitu tidak akan menjejaskan undian pengundi,” kata Jess_PhD.

majoriti2022 (7)

Tangkap layar reaksi pengguna media sosial terhadap kenyataan Rafizi.

Sementara itu ramai juga yang menyifatkan Rafizi sebagai pemimpin tidak serupa bikin kerana membantah untuk diadakan PRU dalam tempoh masa terdekat, namun terus melaksanakan kempen sebaik sahaja Parlimen dibubar.

“Sembang tolak PRU15 sebab banjir, tetapi tengok geng PH cepat update segala benda untuk PRU15.

“Nampak sangat geng PH kemaruk nak PRU15 siap buat jelajah ceramah politik lagi. Tak fikir banjir ke?,” kata The Real FA17.

“Sembang tolak PRU. Umum je bubar terus kempen,” kata Nik Hakim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram