[VIDEO] Sanusi kena kecam, dakwa Johor juara Sukma sebab had umur


  • Podium
  • Jumaat, 30 Sep 2022

Kontinjen Sukma Johor dinobatkan sebagai juara Sukma 2022 apabila memenangi 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa. — Astro Awani

PERANG psikologi di antara Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim nampaknya belum berpenghujung.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah video menyaksikan dakwaan Sanusi mengandaikan kejayaan Johor merangkul kejuaraan Sukan Malaysia (Sukma) 2022 adalah kerana perubahan had umur pada temasya kali ini.

Menurutnya, keputusan menaikkan had umur peserta Sukma yang pada asalnya 21 tahun kepada 23 tahun dilaksanakan kerana ingin memastikan perbelanjaan besar Johor yang sepatutnya jadi tuan rumah dapat dimanfaatkan.

"Kita (Kedah) sasarkan 25 pingat emas, tapi kita dapat 16. Alhamdulilah. Nampaknya negeri di Selatan begitu kuat untuk ditandingi. Dua tahun lepas, Sukma sepatutnya diadakan di Johor.

"Sebagai tuan rumah, Johor telah buat perbelanjaan besar. Tiba-tiba Sukma tidak diadakan (kerana pandemik Covid-19). Umur peserta telah dinaikkan 21 ke 23 untuk memastikan perbelanjaan negeri-negeri pada tahun Sukma tidak diadakan dapat dibawa ke Sukma baru-baru ini.

"Tak hairanlah kalau Johor dapat 70 pingat pun. Sebab dia buat persiapan sebagai tuan rumah dan had umur dinaikkan," katanya sambil senyum sinis dalam sebuah majlis, baru-baru ini.

Video yang dikongsi di laman Facebook JDTFC itu mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan Menteri Besar Kedah itu sengaja ingin memancing provokasi daripada pihak Johor.

Salah seorang penyokong, Linda Qaisarah mempertikaikan hujah Sanusi kerana perubahan had umur tersebut tidak hanya dilaksanakan pada atlet Johor, malah turut dimanfaatkan negeri-negeri lain.

"Agak atlet Johor ke yang had umur ssmpai 23 tahun. Atlet negeri lain tak boleh. Manusia kalau hati tu tak suka kat orang tu. Buat baik mana pun tetap dia cari yang busuk sahaja.

"Hidup tu kalau tak boleh nak bagi manfaat dekat orang lain jangan pula nak menyusahkan orang lain. Ini ciri-ciri pemimpin yang suka memecah belahkan rakyat. Lebih suka rakyat bergaduh daripada tengok rakyat bersatu," katanya.

"Kalau tak sebut yang berkaitan dengan Johor, JDT, TMJ, dia tak boleh bernafas aku rasa. S****l punya Menteri Besar," sambung Yusuf.

Sebagai rekod, kontinjen Sukma Johor dinobatkan sebagai juara Sukma 2022 yang berlangsung di ibu negara apabila memenangi 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram