Kalau kedua-dua pihak setuju, ia tidak jadi masalah — Tan Cheng Hoe


  • Podium
  • Selasa, 23 Ogos 2022

Ura-ura mengatakan Cheng Hoe bakal mengemudi Perak FC.

KHABAR angin bekas jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang dijangka kembali mengemudi kelab Liga Malaysia (Liga M) pada musim hadapan kini berlegar-legar di media sosial.

Sebelum ini, Cheng Hoe dikaitkan untuk mengendali Selangor FC, yang ketika ini digalas sementara oleh Penolong Ketua Jurulatihnya, Nizdam Jamil.

Malah, ura-ura menyatakan bekas jurulatih Kedah itu akan menyertai pasukan di Lembah Klang, namun beliau sendiri menafikan perkara tersebut.

Terbaharu, desas-desus juga menyatakan bahawa, Cheng Hoe akan mengemudi pasukan Perak FC, yang kini sedang dilatih oleh Yusri Che Lah.

Menjawab teka-teki bagi pasukan pilihannya, jurulatih berusia 54 tahun ini berkata, beliau masih belum boleh memberi sebarang komen ketika ini.

"It is a rumour only (Ia hanyalah sekadar khabar angin). Orang bola sepak adakalanya duduk bersembang benda tu," katanya kepada Majoriti.

National coach Tan Cheng Hoe (centre) watch part first eleventh training session against the United Arab Emirates (UAE) in the second leg of the Group G WorldCup 2022 and the 2023 Asia Cup qualifying campaign at Kuala Lumpur Stadium, Kuala Lumpur. - MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

Cheng Hoe yang menjadi pengendali Harimau Malaya sejak 2018, meletakkan jawatan pada tahun ini.

Namun, Cheng Hoe berkata, beliau sudah bersedia untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai jurulatih bagi mana-mana kelab.

"Kalau ada then ada, kalau tak ada then tak adalah. Dan sekiranya tak dapat (jadi jurulatih) ketika ini, saya duduk rehat dekat rumah sahaja.

"Mana-mana kelab yang bersetuju untuk membuat syarat dan sebagainya dan kalau kedua-dua pihak setuju dengan terma dikenakan, ia tidak jadi masalah," tambahnya.

Cheng Hoe sebelum ini pernah membimbing Kedah pada 2014 hingga 2017 dan membantu pasukan itu menjuarai trofi Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Beliau dianggap sebagai salah seorang jurulatih berpengaruh di Malaysia selepas menjadi pengendali Harimau Malaya sejak 2018, sebelum meletakkan jawatan awal tahun ini ekoran prestasi hambar pada kempen Piala AFF 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram