BERBAKI beberapa bulan sebelum musim ini berakhir, pemain sayap kiri, Akhyar Rashid akhirnya mendapat hayat semula selepas diturunkan sebagai pemain gantian ketika Johor Darul Takzim menentang Melaka United FC (MUFC) pada Isnin.
Pemain berusia 23 tahun itu mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Hector Bidoglio untuk berada dalam skuad utama selepas tidak diturunkan dalam 11 perlawanan terakhir JDT.
Kali terakhir Akhyar beraksi di Liga Super pada 9 Mac lalu ketika JDT membelasah Sarawak United 6-0.
Kemasukan pemain kelahiran Kedah itu di separuh masa kedua mengubat kerinduan penyokong yang ternanti-nanti aksi lincahnya di atas padang.
Namun di sebalik penampilannya, ada penyokong JDT yang berasakan Akhyar terlalu tamak memegang bola di atas padang.
Jahaya Rahman berkata, Akhyar menampilkan semangat yang bagus, namun agak pentingkan diri dan tidak menunjukkan semangat berpasukan dengan pemain lain.
Syafiq Ahmad memberi bantuan gol kepada Bergson ketika aksi menentang Melaka pada Isnin. — Facebook/ Johor Southern Tigers
"Semangat dia bagus tapi apabila dapat bola dia selfish sikit tak tengok pemain lain yang ada banyak ruang," ujarnya di laman Facebook JDTFC.
"Dapat bola depan gol, tak mau passing kat kawan. Sibuk nak score sendiri. Last-last terlentang tepi padang.
"Contohi Syafiq Ahmad malam tadi. Bola dari Safawi Rasid, dia pass kepada Bergson. Dapat gol empat," kata Atok Dalang pula.
Mohamad Zunaidi Atimin meninggalkan komen, "Betul dia bagus dribble bola, tapi dalam kotak penalti nampak macam tamak dia main."
Aliff Hamdan pula berpendapat, Akhyar mungkin cuba membuktikan kemampuan dirinya kepada ketua jurulatih yang memerhatikan mutu permainan mereka.
"Mestilah...sebab takkan hulur kat Bergson saja, dia masuk tu mesti nak nampak impak pada mata coach, at least ada score," ujarnya.
Saripah Masom pula berpendapat, sebagai jurulatih, Hector perlu melihat gaya permainan anak-anak buahnya.
"Jangan gunakan seorang pemain saja, kita kena turunkan semua pemain simpan untuk dia buktikan kemampuan mereka.
"Selepas tu kita didik mana kekurangan setiap pemain, kalau tak, kita tak tau takkan nak biar duduk saja," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram