DI SAAT dua pemain import Kelantan, Nixon Brizolara dan juga Kenta Hara menerima surat amaran ekoran daripada prestasi hambar mereka sepanjang bersama pasukan Kelantan, seorang lagi pemain import mendapat tempat di hati penyokong skuad The Red Warriors (TRW) itu.
Nama disebut-sebut adalah pemain pertahanan tengah TRW, Felipe Hereda yang menyertai skuad tersebut menerusi jendela perpindahan kedua.
Menerusi Facebook Kelantan FC 2022, salah seorang penyokong, Abe Yah berpendapat pemain daripada Brazil itu bagaikan 'badang' yang boleh turun ke padang meskipun diulit kecederaan berpanjangan.
"Hereda mengalami kecederaan masa lawan Johor Darul Takzim II (JDT II) lagi. Tapi tetap juga mahu turun padang. Siap ambil suntikan lagi untuk bagi hilang sakit.
Kenta menunjukkan usaha, tapi masih tidak ada hasil. — Facebook/ TRW
"Jurulatih terpaksa rehatkan dia masa lawan Terengganu FC II. Tapi Hereda dah cakap, dua perlawanan terakhir ni dia nak sertai skuad juga.
"Walau apa pun, dia tetap nak angkat piala dengan pasukan TRW. Hebat kamu Hereda!," katanya.
Pendapat itu disokong Bro Lim yang turut menambah: "Baru sertai TRW beberapa bulan. Tapi persembahan beliau memang tidak dapat dinafikan lagi.
"The next beast in the making (bintang dalam pembikinan)," katanya.
Nixon (kiri) kelihatan 'malas' ketika beraksi di atas padang. —Facebook/ TRW
Terdahulu, pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih mesra dikenali sebagai Zamsaham memaklumkan bahawa beliau sudah pun menghantar surat amaran kepada Nixon dan Kenta.
Katanya, beliau sudah pun membuat aduan kepada ejen pemain tentang prestasi hambar yang ditampilkan oleh pemain mereka selain pemotongan bonus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) juga sudah pun dilakukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram