SIAPA sangka di sebalik kesesakan orang ramai di dalam sebuah tren, terdapat seorang bakal sultan berdiri bersama penumpang lain.
Situasi ini berlaku apabila Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Al Maktoum mengambil keputusan untuk bersiar-siar menggunakan pengangkutan awam di London, England.
Kehadiran Sheik Hamdan yang berpakaian kasual langsung tidak disedari penumpang-penumpang tren sehinggalah beliau memuat naik gambar swafoto di Instagramnya.
Di dalam gambar tersebut, kelihatan anak raja itu bersama sahabatnya, Badr Ateej sedang berdiri di tengah-tengah tren kerana kerusi tempat duduk sudah penuh.
"Perjalanan kami jauh lagi dan Badr dah mula bosan," tulis Putera Mahkota tersebut di bahagian kapsyen.
Tangkap layar perkongsian Putera Mahkota Dubai di laman Instagram.
Muat naik itu tular kerana rata-rata netizen berasa kagum dengan kesungguhan Putera Mahkota tersebut mengharungi kesesakan tren bawah tanah London.
Untuk pengetahuan, Putera Mahkota Dubai itu kini berada di London untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya.
Sheikh Hamdan berkongsi coretan percutiannya di laman Instagram rasmi dengan menggunakan nama fas3 untuk tatapan 14.5 juta pengikut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram