LIMA sekeluarga diserang sekumpulan lelaki setelah salah seorang daripada ahli keluarga itu didakwa berkahwin tanpa restu dengan seorang gadis.
Dalam satu video tular dimuat naik zarra.002 , wanita yang dikenali sebagai Mizza mendakwa rumah abangnya telah diserbu sekumpulan lelaki yang bertindak mengasari ahli keluarganya.
"Geng ini cukup haram j***h. Serbu rumah abang aku.
"Pukul anak-anak saudara aku, pukul abang, kakak dan kakak ipar aku.
"Anak buah aku cedera kena jahit dan seorang lagi 'pecah' muka.
"H***m j***h, anak kau dan anak saudara aku dah kahwin p****, nak pisahkan mereka kenapa? tulisnya.
Tambah Mizza, keluarga abangnya diserang oleh seorang lelaki dipercayai ayah kepada gadis terbabit yang berkahwin dengan anak buahnya.
"Pukul anak buah aku sampai pecah muka sedangkan anak kau yang larikan anak buah aku.
"Kenapa nak pukul keluarga abang aku?," katanya.
Mizza mendakwa anak buahnya mengalami kecederaan serius di bahagian muka
Dalam video tersebut menunjukkan beberapa lelaki telah menyerang keluarga abangnya.
Turut tular satu video menerangkan punca sebenar keluarga abangnya diserang.
Menurut Mizza, pergaduhan itu tercetus sebelum pasangan itu berkahwin apabila keluarga di sebelah lelaki tidak berpuas hati dengan jumlah hantaran tinggi yang ditetapkan pihak perempuan.
Kedua-dua pasangan itu masih keluar bersama meskipun hubungan tidak direstui keluarga. Keadaan semakin rumit apabila gadis tersebut didakwa mengandung sebelum bernikah.
"Kedua-dua mereka ini (anak buah) sudah bertunang tetapi keluarga lelaki tidak setuju kerana kami dari keluarga miskin.
"Tetapi oleh kerana gadis tersebut mengandung, mereka (anak buah) membuat keputusan untuk terus berkahwin sendiri.
"Gadis itu lari mengikut anak buah saya. Tetapi keluarga abang saya hantar semula gadis tersebut ke rumah keluarganya.
"Gadis itu lari lagi dan cari anak buah saya sehingga terjadi insiden pergaduhan dan keluarga abang saya diserang," katanya dalam video tersebut.
Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian tersebut dan belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan insiden itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram