Mak cik selamba cop parkir guna kerusi depan rumah flat Batu Caves


  • Tular
  • Rabu, 17 Ogos 2022

Tangkap layar video menunjukkan seorang wanita mengalihkan kerusi dari kotak parkir di depan rumahnya.

PERBUATAN cop parking merupakan budaya buruk yang sukar dibuang dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia sering kali berlaku di kebanyakan kawasan perumahan.

Tindakan segelintir penduduk kawasan perumahan flat yang cop parkir menggunakan pelbagai jenis kon, kerusi dan botol simpanan air merupakan satu trend yang kurang sihat.

Terbaharu, isu ini kembali tular di media sosial apabila seorang pengguna TikTok papamior memuat turun rakaman video gelagat jirannya yang dikesan cop parkir menggunakan kerusi di satu kawasan perumahan Flat Pinggiran Batu Caves, Selangor.

"Peninglah kalau hari-hari macam ini," tulisnya.

Dalam video tersebut menunjukkan seorang wanita mengalih kerusi yang diletakkan dalam kotak parkir di kawasan terbuka.

Kerusi itu diletakkan diletakkan di kawasan tersebut untuk menandakan ia 'milik' seseorang dan orang lain dilarang menggunakan kotak parkir itu.

Kemudiannya, seorang pemandu kereta Proton Persona terus memasukkan kenderaanya ke kawasan tersebut.

Dalam video tersebut turut menunjukkan wanita itu hanya tinggal berdepan dengan kotak parkir itu.

Video berdurasi kurang seminit itu telah mendapat 490,000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi warganet.

Malah, seorang netizen, jameena menyifatkan tindakan wanita itu ibarat pentingkan diri.

"Pentingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Mentang-mentang rumah depan parking, suka hati dia nak cop," tulisnya.

"Salah satu kenapa aku tak nak beli rumah flat. Bukan sebab rumah kecik tapi sebab parking always kena cop," kata -bysoul-.

"Kalau bayar bulan tidak apa letak kerusi. Mana adil dengan orang lain," kata richbccmm.

"Bini sapa cop parking ni? mesti laki dia yang bagi arahan," kata Wan22.

Untuk makluman ramai, budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja 'cop' parking ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram