Di mana Dechi Marcel? Penyokong mula 'serang' Sang Kenari


  • Podium
  • Selasa, 09 Ogos 2022

Prestasi Dechi Marcel dikatakan menurun ketika bersama Kedah musim ini. — Facebook/KDA FC

KETIADAAN sosok pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Dechi Marcel N'Guessan dalam tiga permainan terakhir melibatkan pasukan tersebut menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan penyokong Sang Kenari.

Ketika bersama Terengganu FC (TFC) musim lalu, pemain dari Ivory Coast tersebut tampil pada hampir setiap perlawanan, namun skrip berbeza apabila Dechi Marcel bersama pasukan Kedah.

Setakat ini, pemain tengah berusia 30 tahun berkenaan tidak diturunkan bersama skuad pada perlawanan menentang Sarawak United, Kuala Lumpur City (KL City) dan Sri Pahang.

Menerusi laman KDA FC Fans, seorang penyokong Kedah, Shahrul Shah mempersoalkan keadaan semasa Dechi Marcel serta status kehadirannya dalam saingan separuh akhir zon menentang PSM Makassar Piala AFC pada Selasa malam.

"Senyap sahaja (Dechi Marcel) N'Guessan. Dah dua tiga perlawanan tidak turun. Adakah malam ini (Selasa), beliau akan beraksi atau beliau masih cedera?

"Malam ini (Selasa) adalah perlawanan yang sangat penting buat skuad. Apakah situasi beliau yang sebenarnya? Penyokong tertanya-tanya," katanya.

Pendapat itu disahut penyokong lain, Muhammad Khairul Faiz: "Kedah FC bagi alasan kesihatan punca prestasi merosot.

"Jadi, saya nak tanya, apa fungsi pasukan perubatan dan pasukan kecergasan untuk atasi masalah ini?

"Kalau dua orang pemain sahaja tidak akan mempengaruhi keseluruhan rentak permainan pasukan.

"Tapi ini macam ramai sahaja bermasalah. Tak logik atau ini macam alasan selamat," katanya.

Afzanidza Azlan turut menambah: "Kesian kat dia. Rugi tandatangan dengan pasukan Kedah. Buat-buat sakit lagi senang."

"Dia (Dechi Marcel) tidak ada pasangan yang agresif macam di TFC. Di Kedah, dia terpaksa pulun habis-habisan dan itu menyebabkan prestasi dia menurun berbanding ketika bersama TFC," ujar Razlan Arif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram