Bendera, tong sampah, kad merah, antara 5 'talking point' Sabah FC tundukkan Melaka United


  • Podium
  • Isnin, 01 Ogos 2022

OTAI Sang badak, Amri muncul sebagai wira pasukan tersebut. — Agensi

PERLAWANAN melibatkan skuad Sabah FC sering dihiasi dengan kemeriahan baik di padang atau di kerusi penonton, ini termasuklah perlawanan Liga Super melibatkan pertembungan antara Sabah FC dan Melaka United pada Ahad.

Aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah menyaksikan pasukan Sang Badak berjaya bangkit untuk membenam Melaka, 2-1, terima kasih kepada jaringan minit akhir bintang otai, Amri Yahyah.

Sabah yang beraksi tanpa beberapa tonggak utama termasuk kapten, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali agak tumpul pada awal permainan dengan Melaka dilihat lebih banyak melakukan serangan berbahaya.

Sepakan deras Ifedayo pada minit ke-23 menghukum penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sekali gus mencatatkan gol pertama buat MUFC.

Gol penyamaan buat Sabah FC kemudiannya dijaringkan menerusi sepakan voli otai Sang badak, Amri Yahya pada minit ke-65 perlawanan.

Amri sekali lagi menjadi wira pada minit ke-90 permainan apabila jaringannya meranapkan impian lebih 5000 penyokong untuk melihat skuad Sang Kancil meraih tiga mata berharga.

Berikut adalah lima talking point yang menjadi bualan penyokong bola sepak usai perlawanan Liga Super Sabah FC menentang Melaka United.

Kibaran bendera BN dan Bersatu yang dikatakan merosakkan suasana perlawanan. Facebook

1. Bendera Politik

Di kerusi penonton, kelihatan bendera berunsurkan parti politik dikibarkan. Rata-rata peminat menyatakan ketidakselesaan mereka aksi kibaran bendera Barisan Nasional (BN) dan bendera Bersatu yang dikatakan tidak sesuai dengan semangat kesukanan.

"Kami berada di tempat yang sama. Sangat janggal bersama penyokong begini. Diharapkan pada masa hadapan, pihak berwajib mesti mengambil tindakan tegas terhadap individu begini. Bola sepak bukan Arena politik," kata Yehezkiel Abo.

"Merosakkan perlawanan bola sepak sahaja mereka ini. Geram betul saya tengok. Dalam politik, tiada kena mengena dengan bola sepak. Orang sekeliling pun tidak marahke? Lain kali marahlah depan-depan," sambung Zed Mizu.

Pemohonan maaf dari Rawilson. Facebook

2. Insiden kad merah

Corak permainan yang agak agresif dan kawalan pergerakan yang sukar akibat padang becak dan licin menyebabkan dua pemain iaitu Ahmad Haziq dari MUFC dan Rawilson Batuil dari Sabah FC dilayangkan kad merah.

Rawilson dengan pantas memuat naik pemohonan maaf kepada penyokong dan pengurusan Sabah FC di laman Facebook miliknya.

Bagaimanapun, peminat bukan sahaja tidak marah, malah memberikan kata-kata semangat buat kapten sandaran Sabah FC itu.

"Sepatutnya kad kuning sahaja. Bukan terus kad merah. Sedangkan terjahan dua kaki pemain PJ City ke atas Taiki Kagayama pun tidak diendahkan. Pengadilan tidak konsisten. Apapun 3 mata dan Tahniah Sabah FC. Comeback Stronger!," ujar Carl Benjamin.

Thomas Lasa pula berkata "Mantap. Kau tetap hero kami. Sumbanganmu besar dalam memastikan tiga mata milik kita. Lupakan insiden kad merah itu."

Aksi Amri yang masuk ke dalam tong sampah . — Facebook.

3.Aksi Tong Sampah

Aksi Amri masuk ke dalam sebuah tong sampah mencuit hati para penyokong. Rata-rata penyokong membuat spekulasi mengenai maksud disebalik tindakan pemain berusia 41 tahun itu.

"Kamu tahu tak apa maksud ini? Kalau jadi penyerang tapi tak pandai bagi jaringan. Bagus masuk ke dalam tong sampah.

"Ada pemain import pun tak guna. Suruhlah la ejen yang bawa pemain import itu bawa balik pemain dia.

"Pelaburan yang sia-sia", kata Maikel Anjelo.

Meskipun tidak pasti mesej itu ditujukan untuk siapa, rata-rata peminat dan penyokong percaya, tindakan Amri itu ada kaitan dengan prestasi penyerang import Sabah FC, Jose Embalo yang masih terkial-kial mencari rentak sejak berpindah ke skuad Sang Badak.

Amri dikhabarkan menari tarian Murut sebelum perlawanan menentang MUFC. — Facebook

  1. Tarian Amri Yahya

Kejayaan Amri menjaringkan dua gol buat pasukan Sabah FC dikaitkan dengan tarian Murut, diringi lagu Kirim Salam oleh Sudin Kansut yang dilakukan pemain tersebut sebelum perlawanan bermula.

"Mungkin petua dia sebelum perlawanan harus lembutkan badan dahulu. Bukan main lembut lagi dia menari sebelum perlawanan. Terbaik Otai," kata Kami sayang keningau.

Biarpun tidak menyumbang sebarang gol, kehadiran Irfan melancarkan perlawanan. Facebook.

  1. Irfan Fazail hero dari bangku simpanan.

Ifran sekali lagi bangun dari bangku simpanan untuk membantu Sabah FC menang 2-1 ke atas Melaka United.

"Walaupun bukan menjaringkan gol tapi hantaran membelah alam semesta tepat mencari larian Farhan Roslan.

"Farhan yang tenang mengawal bola tidak mensia-siakan Amri yang meluru datang mendapat kan bola, dan Amri merembat bola tanpa bayang mengelirukan penjaga gol Melaka United," kata Fiqri Rahmi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram