Indonesia antara 4 negara tawar jadi hos Piala Asia, laungan ‘wasit curang’, ‘barracuda’ mula bergema


  • Podium
  • Isnin, 18 Jul 2022

Situasi sewaktu Harimau Malaya terpaksa dibawa menaiki Barracuda susulan kekecohan pada aksi sulung pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Bung Karno, Jakarta pada 2019. — Youtube Bola Sepak Malaysia

SEBANYAK empat negara menghantar permohonan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk membida hak menjadi tuan rumah Piala Asia 2023.

Bidaan jadi tuan rumah Piala Asia 2023 itu dibuka kepada semua anggota persatuan sejak 31 Mei lalu bagi menggantikan tempat China yang menarik diri berikutan peningkatan kes Covid-19.

Empat Anggota Persatuan (MA) yang mengesahkan permohonan tersebut ialah Federasi Bola Sepak Australia (FFA), Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA).

Selepas melihat nama Indonesia antara negara yang membuat permohonan itu, ramai penyokong Malaysia menulis komen-komen 'wasit curang' dan 'barracuda' pada perkongsian berita itu.

Perkataan-perkataan seperti itu mula bergema rentetan kejadian penyokong Timnas (pasukan kebangsaan) Indonesia tidak dapat menerima kekalahan sewaktu kalah di tangan pasukan kebangsaan ataupun negara lain.

"Sediakan barracuda kepada setiap pasukan lawan," kata peminat bola sepak, Azroy.

"Wasit curang," ujar palirinyanol hezronol.

"Sokong Indonesia..bumi bertuah Malaysia bila bermain di sana..walaupun dibaling batu..dibawa naik baracuda..dimaki dan dicaci..Malaysia tetap santai dan menang," kata penyokong, ChefNan Al Ayubi.

Wasit curang merujuk kepada sikap berat sebelah pengadil manakala 'barracuda' ialah sejenis kereta perisai kepunyaan pihak berkuasa Indonesia yang pernah membawa pemain Harimau Malaya keluar dari stadium.

barracuda

Kereta perisai jenis Barracuda milik pihak berkuasa Indonesia yang membawa pemain Harimau Malaya keluar dari stadium. — Astro Awani

Sebelum ini, skuad bola sepak negara terpaksa dibawa menaiki kereta perisai jenis Barracuda susulan kekecohan selepas skuad Harimau Malaya berjaya membenam Garuda 3-2 dalam aksi sulung pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Bung Karno, Jakarta pada 2019.

Tindakan agressif penyokong tuan rumah itu dilihat bukan pertama kali berlaku kerana skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Datuk K Rajagobal pernah melalui pengalaman sama selepas dikepung dan dibaling objek keras ketika menjulang piala AFF 2010 menewaskan Indonesia 4-2.

Pada Sukan Sea 2011 pula, situasi sama berlaku apabila skuad Harimau Muda dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda selepas berdepan provokasi penyokong tuan rumah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram