Indra Putra kekal legenda Perak atau pulang ke Kelantan


  • Podium
  • Selasa, 21 Jun 2022

Indra Putra disifatkan sebagai contoh yang baik buat pemain lain untuk maju bersama-sama.

DIA adalah legenda sebenar, itu jolokan yang diberikan penyokong Perak FC buat pemain, Indra Putra Mahayuddin yang turut dikatakan masih relevan untuk dikekalkan sebagai kapten pasukan itu.

Perkara itu disuarakan mereka dalam ruangan komen sebuah hantaran Facebook, Seladang Fan Club, yang mengajukan soalan kepada penonton berhubung perkara berkenaan.

komen indra

Hantaran itu dihujani komen penyokong yang menyatakan pemian itu wajar dikekalkan atas pelbagai sebab termasuk keupayaannya di atas padang.

Perkara itu turut dinyatakan pemilik akaun, Karthigesu Murugan, bahawa Indra Putra merupakan contoh yang baik buat pemain lain untuk maju bersama-sama.

"Perlu kekal, walaupun tidak sehebat dulu, dapat dilihat bahawa dia mencuba yang terbaik untuk sesuaikan diri dalam pasukan," katanya.

komen indra 1

Sementara itu, pemilik akaun Ahmad Firdaus pula menyatakan bahawa Indra Putra perlu dikekalkan bahawa tanpanya taktikal yang jurulatih mahukan sukar diterjemahkan.

"Memang patut dikekalkan, tanpa dia taktikal yang jurulatih mahukan sukar diterjemahkan di tengah padang.

"Dia memang layak dijadikan kapten," ujarnya.

komen Indra 2

Dalam pada itu, seorang penyokong Kelantan FC, Khai Achik pula menyatakan bahawa jika Perak FC tidak mahukan khidmat Indra Putra, The Red Warriors (TRW) masih ada buatnya.

"Legenda sentiasa di hati, kalau Perak tidak mahu, pasukan Kelantan ada, gabung semula dengan TRW.

"Teringin sangat-sangat mahu tengok Indra Putra bermain semula dengan pasukan Kelantan," kongsinya.

komen indra 3

Terdahulu, Indra Putra kembali bersama Perak bagi menghadapi saingan Liga Premier musim 2022, selepas 19 tahun meninggalkan The Bos Gaurus.

Pemian asal Ipoh, Perak itu sebelum itu menyertai Kuala Lumpur dan mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama yang menjaringkan 100 gol dalam Liga Super dan pemain pertama yang paling banyak menjaringkan dalam Liga Super.

Dia turut membantu KL City memenangi Piala Malaysia 2021, selepas kali terakhir memenanginya pada 1989. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram