Empat cedera bas rempuh plaza tol di Ipoh


  • 112
  • Isnin, 20 Jun 2022

Rempuhan di bahagian penghadang tol itu mengakibatkan empat daripada mereka mengalami kecederaan ringan. — Sinar Harian

EMPAT penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas kenderaan itu merempuh penghadang Plaza Tol Ipoh Utara dekat Jelapang di Ipoh, Perak pada Isnin.

Kejadian sekitar jam 3.08 petang itu berlaku, ketika bas membawa 16 penumpang terbabit dalam perjalanan dari arah utara melalui Lebuh Raya Utara Selatan ke Terminal Meru Raya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat awal memaklumkan terdapat 16 penumpang dengan 10 daripadanya wanita.

Menurutnya, rempuhan di bahagian penghadang tol itu mengakibatkan empat daripada mereka mengalami kecederaan ringan.

"Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, anggota bomba telah membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan semua mangsa terlibat berada dalam keadaan selamat.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.18 petang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram