Kelab EPL buru bintang Harimau Malaya?


  • Podium
  • Sabtu, 18 Jun 2022

ADA kelab EPL dilapor berminat mendapatkan khidmat pemain Harimau Malaya. — Bernama

PEMAIN kebangsaan, Dion-Johan Cools disebut-sebut sebagai pemain yang diintai oleh satu kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perkara itu dikongsi dalam satu hantaran di Facebook, Semuanya Bola Group oleh pemilik akaun Lim Ericson yang menyatakan bahawa kelab EPL yang tidak didedahkan itu sedang memantau pemain pertahanan Harimau Malaya.

"Salah seorang pemain berdarah Malaysia dipantau oleh kelab EPL.

"Saya rasa orang itu adalah pemain pertahanan antarabangsa pasukan negara, adakah Dion-Johan Cools?" katanya.

dion 1

Dion Cools disebut menjadi sasaran kelab EPL.

Tambahnya lagi, jika khabar itu benar, ia akan menjadi satu sejarah baharu dalam industri bola sepak tempatan yang mana pemain Malaysia bermain di EPL.

Hantaran itu turut dilimpahi dengan pelbagai andaian daripada peminat bola sepak tempatan yang meneka kelab EPL yang dimaksudkan.

Lim turut menyatakan di dalam ruangan komen yang mana dia seolah mendedahkan nama kelab yang sedang memantau pemain Malaysia yang dimaksudkan.

"Kelas, Brentford FC yang pantau," ujarnya.

Sementara itu, pemiik akaun Muhammad Alif turut menyatakan di ruangan komen dua nama kelab yang kononnya memantau pemain tempatan.

"Dengarnya Bayern Munich dan Real Madrid pun tengah risik tu," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram