'Trafik jem' di JB lebih teruk berbanding KL?


  • Massa
  • Rabu, 01 Jun 2022

Keadaan trafik di Johor Bahru dikatakan lebih teruk kerana penduduk di sana majoritinya membewa kenderaan sendiri ketika menuju ke tempat kerja.

KESESAKAN lalu lintas sudah menjadi lumrah bagi mereka yang tinggal dan bekerja di Lembah Klang temasuk sekitar Kuala Lumpur.

Tambahan pula selepas negara berada dalam fasa peralihan ke endemik, kebanyakan syarikat sudah mula memanggil semula pekerja ke pejabat yang menjadikan jalan raya sesak terutama di waktu puncak.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter ketika memberi respons kepada satu ciapan tentang kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur menyatakan bahawa masalah itu bukan hanya berlaku di ibu kota.

Menurut pemilik akaun @realhenz1010, bagi mereka yang merungut tentang kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur sebaiknya cuba tinggal di Johor Bahru, Johor bagi merasai bagaimana kepadatan aliran trafik di sana.

trafik jb 1

Katanya, realiti keadaan trafik di Johor Bahru lebih teruk kerana penduduk di sana majoritinya menggunakan kenderaan sendiri untuk bekerja.

"Di Johor Bahru juga sudah ada lebuh raya tetapi ia juga sentiasa sesak, malah perkhidmatan kenderaan awam juga tidak menyeluruh di semua kawasan.

"Keadaan ini (perkhidmatan kenderaan awam) juga menyebabkan penduduk terpaksa membeli kenderaan sendiri yang menjadi salah satu punca kepada kesesakan lalu lintas," katanya.

trafik jb 2

trafik jb 3

Tambahnya lagi, situasi trafik di Johor Bahru juga lebih teruk apabila tiba hujung minggu apabila negeri itu menerima kunjungan pelancong Singapura yang masuk melalui jalan darat.

Hurainya lagi, isu masalah trafik dan kenderaan awam di bandar lain khususnya Johor Bahru tidak diberi perhatian sewajarnya, malah pemasalahan ini (trafik) hanya dibangkitkan sekitar Kuala Lumpur.

"Semua orang hanya tahu Kuala Lumpur yang berdepan dengan masalah kesesakan trafik sedangkan banar lain juga mempunyai masalah yang lebih teruk.

"Ini bukan pertandingan kawasan mana yang mempunyai trafik lebih teruk tetapi kita perlu sokongan orang ramai kerana semua bandar berhak untuk menikmati kemudahan kenderaan awam yang efektif dalam memberi kemudahan kepada orang awam," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram