Rupanya bukan salah JDT tapi striker NSFC yang 'tumpo'


  • Podium
  • Rabu, 18 Mei 2022

Aksi JDT menentang skuad The Jang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada 11 Mei lalu. — Bernama

BAGAI tak boleh nak move on, pertembungan saingan Liga Super Malaysia antara pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Johor Darul Takzim (JDT) yang berlangsung pada 11 Mei lalu masih heboh diperkatakan.

Kali ini bukan topik tempoh masa kecederaan yang menyaksikan Fernando Forestiere muncul wira JDT apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan iaitu minit 101 untuk memberi kemenangan 1-0 kepada skuad Harimau Selatan itu.

Penyokong NSFC nampaknya sudah beralih kepada 'punca sebenar' kekalahan skuad The Jang di tangan JDT yang bukan sahaja mencalarkan rekod tanpa kalah pasukan itu malah turut merampas kedudukan pertama Liga Super.

Kelab penyokong Facebook UltraJang merasakan banyak peluang terbaik hadir buat penyerang-penyerang NSFC, namun sayangnya, tiada seorang pun daripada mereka yang menggegarkan gawang pihak lawan.

"Kita menang peluang dan kita juga menang dalam mensia-siakan peluang. Kenapa striker kita seperti tidak biasa menjaringkan gol?

"Posisi lain dari bek sampai tengah dah buat kerja mereka. Ini tidak adil!," katanya dalam satu hantaran status di Facebook pada Rabu.

ultrajang

Tangkap layar hantaran status UltraJang di Facebook. — Facebook

Untuk rekod, peluang keemasan yang dimiliki NSFC hadir pada minit ke-99 permainan menerusi Kossi Adetu namun percubaannya jauh tersasar. Larian baik daripada A. Selvan juga gagal disempurnakan Kossi Adetu untuk menghasilkan gol.

Seorang penyokong, Tok Lang Tok Lang berpendapat, NSFC sepatutnya menukar penyerang import sedia ada.

"NSFC sepatutnya tukar penyerang import sedia ada. Tak boleh pakai, peluang satu lawan satu pun tak boleh buat gol. Lepas ini carilah penyerang yang boleh membuat jaringan," katanya di ruangan komen UltraJang.

"Pastu masa lawan JDT sibuk salahkan masa tambahan...striker yang 'tumppoo'," tambah seorang lagi penyokong menggunakan nama Tuan Penunu Bunsen.

netz jang 3

netz jang 2

netz jangjang

Tangkap layar komen sebahagian penyokong terhadap aksi penyerang NSFC semasa perlawanan menentang JDT baru-baru ini. — Facebook

Sementara itu, seorang penyokong lain, John merasakan skuad Hobin Jang Hobin perlu melakukan lebih banyak latihan finishing seperti running and shooting bagi mengasah ketajaman penyudah.

"Macam mana ehhh nak cakap. Haaaa sebab tulah perlunya pure striker dalam satu-satu team. Tapi dalam team NSFC aku belum nampak lagi pure striker yang betul-betul solid depan gol.

"Zaquan Adha dah tak boleh main dah dalam kesebelasan utama. Better scout talent NSFC, pergi laa cari bakat-bakat yang betul-betul pure striker. Kalau laa dapat macam Karim Benzema alangkah manisnya. Jadi, team NSFC lebih baik kena banyakkan training finishing contohnya running and shooting.

"Dalam situasi dead ball pun kita kurang set pieces yang betul-betul boleh score gol. Takkan defend ambik kot. Next transfer window please tukar Omid Nazari, Kossi dan David Mawutor. Matheus Alves dan Herold Goulon boleh dikekalkan lagi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram