Pepatah Inggeris iringi kekalahan Perak FC di Piala FA


PEMAIN Penang FC melompat tinggi untuk menanduk bola sambil dihalang pemain Perak FC.

PERLAWANAN antara Perak FC dan Penang FC dalam saingan Piala FA menyaksikan skuad Harimau Kumbang menang besar 4-1 ke atas skuad The Bos Gaurus di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu.

Walaupun kekalahan itu menyaksikan Perak FC gagal melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA, penyokong tetap memuji dan setia bersama pasukan itu yang sebelum ini hampir lupus daripada arena bola sepak tempatan ekoran dihimpit masalah kewangan.

Demikian yang dinyatakan seorang penyokong Perak FC, Sha Mi yang menghamburkan satu pepatah Inggeris berbunyi 'Don't look back with regret, look forward with hope' sebagai ucap semangat buat pasukan yang kembali bernyawa itu.

Ayat itu bermaksud, 'Jangan toleh ke belakang dengan rasa kesal tapi pandang ke depan dengan harapan'.

280105751_7370421403030301_4856044985539317230_n

Aksi pemain Perak FC yang cuba melepasi kawalan pemain Penang FC.

"Yusri Che Lah sangat ikhlas membimbing pasukan Perak FC walapun banyak masalah yang dihadapi bersama pemain.

"Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan kekaguman kepada jurulatih dan semua pemain kerana mempunyai pure spirit iaitu semangat juang yang sangat tinggi untuk menang.

"Tapi mungkin rezeki bukan dipihak kita tahun ini di piala FA bak kata orang putih 'don't look back with regret, look forward with hope'.

"Selamat berjuang buat pasukan Perak untuk baki saingan Liga Perdana dan Piala Malaysia nanti. Semoga kemenangan buat kita nanti," katanya.

280662319_7370421476363627_1498418703187644710_n

Pemain Penang FC mengasak pemain Perak daripada mendapatkan bola.

Beberapa penyokong lain turut memberi kata semangat yang sama antaranya, Ahmad Rosli yang menganggap kekalahan ke atas Penang FC adalah sesuatu yang bermaruah.

"Situasi sekarang penyokong Perak FC faham keadaan skuad, kalah melawan memang menakjubkan. Steady skuad," kata Tok Sidang Hamlau.

Menerusi perlawanan pada Sabtu, skuad Harimau Kumbang memastikan kemenangan menerusi dua jaringan Hilal El-Helwe pada minit ke-2 dan ke-90 selain masing-masing satu melalui Adib Abdul Raop pada masa kecederaan babak kedua serta gol sendiri Aiman Khairul minit ke-29.

The Bos Gaurus mendapat gol sagu hati menerusi jaringan Aqil Hilman Danial Roslan pada minit ke-69. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram