Dijinakkan JDT, 'Sarawak tetap menang'


  • Podium
  • Ahad, 15 Mei 2022

SEBAHAGIAN daripada aksi yang dipamerkan dalam perlawanan antara JDT dan Sarawak United pada Rabu.

WALAUPUN gagal mendapat jaringan dan bolos tiga kali dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu, penyokong Sarawak United FC tetap menganggap pasukan itu menang di hati mereka.

Malah, rata-ratanya turut menyokong pemain yang bersikap profesional dan tidak mengambil tindakan keterlaluan walaupun tewas seperti yang dialami skuad Negeri Sembilan dalam pertemuan bersama JDT sebelum ini.

280590166_2289585127871440_8200614196007133415_n

Pemain Sarawak United cuba merebut bola daripada pemain JDT.

Penyokong Sarawak FC, Boyf Lia berkata, persembahan yang disajikan skuad Kenyalang Emas sudah cukup membanggakan.

"Sarawak terbaik dan tak bermain macam corak permainan Negeri Sembilan. Ini yang kita mahukan. Jangan park bas dan guna budak milo.

"Sekurang-kurangnya dapat mencari kelemahan mana yang perlu diperbaiki. Ini kalau dah baring sana, baring sini, minum milo, bila nak jumpa kelemahan pada pasukan," katanya.

280555626_2289466784549941_6831770448444385730_n

Kesebelasan utama pemain JDT yang turun menentang Sarawak United.

Mark Steve Axly berkata, dia sebagai orang Sarawak mengucapkan tahniah kepada JDT menerima kekalahan pasukannya dengan ikhlas.

Jelasnya, JDT adalah pasukan yang tahapnya jauh lebih tinggi daripada Sarawak United.

Faizal Riezal pula berkata, Sarawak tetap tenang walaupun keputusan tidak berpihak kepada mereka.

"Mereka tidak meludah, tidak membuang mercun sebaliknya mereka enjoy the game. Tahniah JDT, anda memang layak berada di atas," katanya.

280336889_2289585817871371_1669598598749813553_n

Aksi penyokong JDT dalam perlawanan menentang Sarawak United pada Rabu.

Kemenangan skuad Harimau Selatan ke atas skuad Kenyalang Emas dalam aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Rabu menyaksikan pasukan itu berjaya melangkah peringkat ke suku akhir.

Menerusi perlawanan itu, tiga gol dihasilkan skuad kendalian Benjamin Mora iaitu dua jaringan dari Fernando Forestieri dan satu daripada Nazmi Faiz Mansor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram