Terjatuh ketika beri makan, wanita hidapi masalah otot maut digigit anjing milik abang


  • Benua
  • Rabu, 11 Mei 2022

Kesan darah ditemui pada gigi dan bulu salah seekor anjing tersebut. — Agensi

SEORANG wanita meninggal dunia dipercayai digigit oleh anjing milik abangnya dalam kejadian yang berlaku di Phuket, Thailand pada Selasa.

Mayat mangsa, Sarinrat Laongpanichakul, 38, ditemui oleh polis di balkoni rumahnya dengan beberapa kesan gigitan di kiri lehernya.

Menurut polis, wanita itu menjaga dua ekor anjing baka Thai Ridgeback milik abangnya yang berada di situ untuk urusan kerja.

Kesan darah ditemui pada gigi dan bulu salah seekor anjing tersebut.

Menurut adik-beradik Sarinrat, wanita itu mempunyai masalah otot lemah dan kesukaran untuk berjalan, menyebabkan dia mungkin secara tidak sengaja terjatuh atas anjing itu semasa memberinya makan, justeru membuatkan ia terkejut dan menggigitnya hingga mati.

Jiran berdekatan juga turut mengesahkan mereka mendengar jeritan dari rumah itu antara 6 dan 7 pagi, namun tidak berani untuk memeriksa keadaan rumah itu kerana takut akan anjing tersebut.

Doktor forensik dari Hospital Vachira Phuket, Athit Suravisankul, berkata Sarinrat mempunyai dua hingga tiga kesan gigitan di bahagian kiri lehernya.

Polis sedang memeriksa rakaman kamera pengawasan rumah tersebut untuk siasatan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram