BERIKUTAN pembukaan semula sempadan Johor-Singapura tempoh hari, premis pengurup wang di selatan tanah air kini semakin sibuk dengan pelanggan, terutama pada musim perayaan.
Nur Syaidah Mohd Malik, 24, yang merupakan pengurus sebuah cawangan pengurup wang di Johor Bahru berkata, premisnya diserbu ratusan pelanggan setiap hari sejak 1 April lalu, sehingga pernah kehabisan wang ringgit.