Gol Syafiq Ahmad umpama jaringan Roberto Carlos tapi sayang sudut kamera tak cun


Sepakan dari luar kotak penalti yang dilakukan Syafiq melencong masuk ke dalam gol.

WALAUPUN ramai yang geram dengan prestasi lemah yang dipamerkan Kedah Darul Aman KDA FC, tetapi masih ada perkara seronok yang menjadi bahan bualan antaranya gol daripada Syafiq Ahmad ketika menentang Melaka United pada Jumaat.

Gol Syafiq pada minit ke 37 perlawanan dilakukan dari luar kotak penalti dengan rembatan kencang hingga menyebabkan penjaga gawang terkaku.

Ramai yang memuji rembatan gol tersebut yang dianggap bertaraf dunia tetapi sayangnya tidak dapat dirakam kamera dengan baik.

"Gol tu lawa dah, tapi sudut kamera pula tak cantik. Kalau ada video dari belakang tiang gol ok la, bolehlah hantar untuk Anugerah Puskas," kata Luqman Hakem.

279144839_419240820037274_6334727493913281471_n

Gaya Syafiq Ahmad selepas menjaringkan gol yang dianggap bertaraf antarabangsa.

Seorang lagi penyokong, Mohd Asri Abu bakar turut menganggap jaringan Syafiq itu sebagai gol yang bertaraf dunia.

Donquixote Aha pula berkata, gol yang dijaringkan Syafiq memang lawa tetapi kamera pula tiada di belakang gol untuk merakam jaringan tersebut.

"Bola curve Roberto Carlos tu. Tengok dari belah belakang mungkin nampak lebih jelas," kata Masriwy Abd Ghani.

Dalam perlawanan menentang Melaka United pada Jumaat, KDA FC hanya menjaringkan dua gol menerusi Syafiq dan Ronald Ngah.

Melaka United pula melakar kemenangan dalam perlawanan itu dengan tiga jaringan gol iaitu dua daripada Efedayo dan satu daripada Emanuel Otte. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram