Nama Cheng Hoe dipetik, penyokong desak Aidil Shahrin 'out' selepas kalah di tangan Melaka United


Nama Aidil Sharin (kiri) sudah disebut untuk keluar dan digantikan dengan Tan Cheng Hoe.

KEKALAHAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Melaka United dengan keputusan 2-3 nampaknya terus melukakan hati penyokong skuad Sang Kenari.

Tinjauan Majoriti ke media sosial KDA FC mendapati ramai wargnet yang mahukan perubahan segera dalam pasukan kerana jika tidak dilakukan, pasukan itu hanya akan menjadi lubuk tiga mata bagi pihak lawan.

Selain itu, ada juga yang bertegas supaya jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak ditukarkan dengan Tan Cheng Hoe.

279323440_419234536704569_6080611772739542854_n

Ronald Ngah (tengah) berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan menentang Melaka United.

"Dah boleh kot cuba dapatkan khidmat Cheng Hoe sebab pemain sebelum ini semuanya tunjuk prestasi yang baik.

"Tapi taktikal jurulatih sekarang memang tak boleh diguna. Tak nampak apa yang istimewa pun, dari awal musim hinggalah sekarang," kata Farizuan Dahri.

Sementara itu, seorang lagi penyokong KDA FC, Yahya Othman berkata, pasukannya sudah boleh melupakan sebarang kejayaan dalam liga buat masa sekarang.

"Fokus untuk kekal di Liga Super, itu lebih realistik. Jurulatih, pemain dan pengurusan sila bertanggungjawab. Apa lagi alasan, serba tidak menjadi," katanya.

279516783_399870651995661_3237566936219392541_n

Pemain Melaka United cuba melepasi benteng pertahanan KDA FC.

Menerusi perlawanan semalam yang diadakan di Stadium Bukit Aman, Kedah, KDA FC hanya menjaringkan dua gol menerusi Ronald Ngah dan Syafiq Ahmad.

Melaka United pula berjaya menyumbat tiga gol menerusi jaringan Ifedayo sebanyak dua kali dan ditambah satu gol sumbangan Emanuel Otte. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram